Thursday, February 28, 2008

SOKONGAN PENGUNDI BUKAN MELAYU KEPADA PAS DI DUN PAYA JARAS MEMBERANGSANGKAN

SOKONGAN PENGUNDI BUKAN MELAYU KEPADA PAS DI DUN PAYA JARAS MEMBERANGSANGKAN

Taman Ehsan, 28 feb – Sokongan pengundi-pengundi bukan melayu di Dun Paya Jaras pada pilihanraya kali ini amat memberangsangkan. Keadaan ini dapat dilihat dengan sambutan dan kehadiran mereka dalam siri ceramah yang disampaikan oleh Calon PAS di Dun Paya Jaras, iaitu Saudara Khairuddin bin Osman.

Menurut Khairuddin, semasa beliau sedang merayu undi di salah sebuah kedai makan India, ada seorang lelaki berbangsa India telah meminta kepada beliau agar memberikannya sekeping Bendera bulan dan lencana PAS. Apabila diberi, lelaki berkenaan telah mengkibar bendera tersebut sambil berkata ‘inilah parti yang kami akan undi dalam pilihanraya kali ini’.

Menurut Khairuddin lagi, situasa pengundi-pengundi India kelihatan agak berani. Ianya adalah ekoran sudah tidak tahan lagi dengan tekanan yang BN lakukan terhadap mereka semejak merdeka 50 tahun yang lalu. Dengan itu, beliau berkeyakinan bahawa India akan menjadi ‘hakim’ yang baik dalam membuat keputusan dalam pilihanraya kali ini.

Adapun pengundi-pengundi cina, beliau menganggap bahawa mereka adalah golongan ‘silent killer’ kepada BN.

“Dalam pilihanraya kali ini, rata-rata kita dapati sokongan yang diberikan oleh masyarakat cina adalah luar biasa” katanya dalam satu pertemuan dengan petugas-petugas PAS di Dun Paya Jaras hari ini.

Suasana pengundi-pengundi Melayu di Dun Paya Jaras pula agak berlainan berbanding dengan pengundi-pengundi bukan melayu. Mereka agak mula menerima PAS ekoran kesedaran mereka dari penerangan yang disampaikan oleh MTD PAS Paya Jaras dalam isu tanah yang berstatus leasehold, disamping melihat banyak tanah-tanah mereka yang telah dinodai BN walaupun mereka sudah menduduki tanah tersebut lebih dari 25 tahun yang lalu –
http://prihatinsubang.blogspot.com

2 comments:

Merr said...

Attention!

PAS SA2 said...

tak update pon....ust wanji, bg la password kat org lain plak....