Thursday, January 31, 2008

BN MENIPU RAKYAT : YURAN PERCUMA????

(untuk melihat gambar lagi jelas, klik pada gambar)

KENYATAAN PEMIMPIN BN

Kenyataan YAB Dato seri Abdullah Ahmad Badawi semasa pembentangan Bajet 2008;

“Saya juga sukacita mengumumkan, mulai tahun 2008, yuran sekolah ini turut dimansuhkan. Dengan ini, Malaysia mengamalkan pendidikan percuma”

Mengulas pemansuhan yuran tahunan sekolah oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2008, YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata;

“Malaysia adalah Negara membangun pertama di dunia yang menawarkan pendidikan percuma”

APA SUDAH JADI????

1. Di Terengganu, ada ibu bapa yang terpaksa membayar sehingga RM 105.95 di hari permulaan sekolah rendah, melebihi bayaran di tahun-tahun yang lepas.
2. Di Perlis, kadar bayaran tambahan bagi murid-murid mencecah sehingga RM 116.80.
3. Di SK Sri Ampang, kadar yang dikenakan bagi murid-murid tahun 1 hingga tahun 6 ialah dari RM 149.60 sehingga RM 166.20
4. Di Johor, ada sekolah yang mengenakan “yuran tandas” sebanyak RM 11.00 keatas setiap pelajarnya.
5. Di SK Bukit Rahman Putra, (di Selangor negeri maju), ada pelajar perempuan yang dikenakan ‘Caj Tuala Wanita’ sebanyak RM 26.00 setahun.

PERSOALANNYA;

Apa sudah jadi? Apa ertinya percuma? Salah siapa? Patutkah pihak sekolah yang dipersalahkan? Atau ?????

APA YANG PASTI;

Kerajaan Barisan Nasional, melalui Kementerian Pelajarannya, tidak memberi dana yang mencukupi. Pihak sekolah terpaksa berusaha ‘kreatif’ menambah dana sekolah untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sempurna.

PERSOALANNYA;

Kemana perginya kekayaan Negara yang selalu di laungkan oleh Pemimpin Barisan Nasional?

JAWAPANNYA;

RASUAH :

a. Yang harga RM 1 di bayar dengan RM 2
b. Yang harga RM 1 Bilion dibayar dengan RM 2 Bilion
c. Yang harga RM 2 bilion dibayar RM 4 bilion
d. Yang lebih tu, siapa yang simpan?????

PEMBAZIRAN :

megah beli kapal selam yang berharga RM 4.6 Bilion. Perlukah ianya dibeli sekarang? Komisen (rasuah) sebanyak RM 530 Juta.

Akhirnya : Kapal menyelam, sekolah pun tenggelam

JOM KITA TOLAK KERAJAAN YANG RASUAH, MEMBAZIR DAN ZALIM !!!!!!