Tuesday, February 26, 2008

CERAMAH KEMPEN DUN PAYA JARAS MERIAH

CERAMAH KEMPEN DUN PAYA JARAS MERIAH

26 Feb (Paya Jaras) – Ceramah anjuran UPU PAS Kg Melayu, kerjasama MTD PAS Paya Jaras bagi DUN Paya Jaras meriah. Ceramah yang membariskan pimpinan besar di peringkat pusat dan negeri.

Penceramah-penceramah yang menyampaikan amanat masing-masing terdiri dari Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Hassan Ali, Saudara Khairuddin bin Osman, Calon Dun Paya Jaras dan Saudara R Sivarasa Rasiah, Calon Parlimen Subang.

Kehadiran pengundi untuk mendengar ceramah yang menjangkau hampir 6000 orang itu merupakan satu petanda besar atas penolakkan rakyat di DUN Paya Jaras atas kepimpinan BN/UMNO.

Menurut maklumat dari golongan veteran, belum pernah berlaku dalam sejarah Kg melayu, ceramah yang dianjurkan oleh pihak PAS berjaya menarik kehadiran sebegini ramai.

Yang lebih menarik dari itu adalah, kutipan derma pada malam ceramah tersebut berjaya mengutip lebih RM 11000.00, yang semua kutipan derma itu digunakan oleh pihak MTD Paya Jaras bagi menghadapi Barisan Nasional di Dun Paya Jaras dalam Pilihanraya pada kali ini.

Kedengkian BN/UMNO pada malam ceramah tersebut amat terselah, apabila sebilangan “mat-mat rempit” yang membawa bendera BN telah mengkuatkan bunyi enjin motosikal mereka dikala majlis ceramah sedang berlangsung.

Menurut laporan juga, semalamnya Calon Barisan Nasional, iaitu Saudara Bushro bin Mat Johor juga ada menyampaikan ceramah di Kg Matang pagar, tetapi menyedihkan, kehadiran ceramah itu tidak sampai 30 orang pun.

Dengan kejayaan ceramah anjuran UPU PAS Kg Melayu dengan kerjasama MTD PAS Paya Jaras telah membuka satu pengharapan besar untuk PAS dapat menguasai Dun Paya Jaras pada pilihanraya kali ini –
http://prihatinsubang.blogspot.com


1 comment:

lili said...

Selamat Berjuang,

Kalau boleh senaraikan acara yang akan datang - tarikh, masa dan tempat untuk makluman.