Friday, February 8, 2008

Halwa MTD Paya Jaras Edar Kad Tahun Baru Cina


oleh : Ustazah Maryam Bte Abdul Rashid
(Ketua Dewan Muslimat PAS Subang)

Pada 5hb Feb 07, Halwa MTD Paya Jaras telah turun berjumpa dengan pengundi Tionghua di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh untuk mengedarkan kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina di samping mengedarkan risalah berbahasa Mandarin iaitu Rhe Min She She.Turut sama dengan Halwa ialah Ustazah Mariam sebagai Ketua Halwa dan juga Ketua Dewan Muslimat Kawasan Subang.




Pada 6 Feb 07 di sebelah pagi pula operasi edar kad Tahun Baru Cina diteruskan di Kawasan Petempatan Sungai Buloh iaitu di Kg Sri Indah A di mana majoriti penduduk Kg Sri Indah A adalah terdiri dari Kaum Tionghua. Di sebelah petang pula Halwa dengan kerjasama Ketua UPU Taman Ehsan iaitu Tuan Hj Tamam telah sempat turun ke Lokaliti Jalan 5 juga majoriti penduduk teriri dari kaum cina.




Daripada pengalaman manis muslimat yang turun, kami mendapati bahawa pengundi kaum cina adalah 'silent voter' di mana mereka memberi respon yang sangat-sangat baik kepada kami petugas Halwa tetapi tidak menzahirkan pendirian mereka untuk memberi undi pada BA. Tetapi dari sambutan mereka kepada kehadiran kami, kami yakin pengundi cina akan memberi undi dan membuat perubahan besar pad PRU 12 ini.




Keadaan berbeza pengalaman kami bila turun bertemu dengan kaum India di Lokaliti Jalan 2, UPU Bandar Baru Sg Buloh Utara, dimana penduduknya majoriti teridiri dari kaum India telah menzahirkan sokongan mereka dan menyatakan ketidakpuasan hati mereka kepada pemimpin BN khususnya pemimpin MIC menurut mereka telah banyak menipu mereka sejak dari negara merdeka lagi.Kami diberi layanan yang baik malah ada yang mengajak kami masuk ke rumah mereka dengan menghidangkan air sejuk kepada kami yang sememangnya terlalu dahaga ketika itu kerana terdedah kepada cuaca yang panas terik. Apapun kami menolak pelawaan mereka. Yang pasti kaum India juga yang dikenali sebagai susah untuk buat perubahan telah berjanji akan buat perubahan besar pada PRU 12 ini.




Disebaliknya bila kami ketuk pintu-pintu rumah orang Melayu, kebanyakannya tidak memberi respon yang baik kepada kami malah ada yang menutup pintu apabila melihat kehadiran kami. Bila orang Melayu hendak berubah? Adakah mereka masih dilanda dengan sindrom budaya takut kesan dari tindakan bangang pemimpin UMNO/BN yang telah menggunakan semua saluran media haram yang mereka gunakan saban hari yang mana ianya adalah milik rakyat. Tak kurang dengan media mereka menggunakan seluruh agensi kerajaan terutama Jabatan Polis sebagai penyambung nyawa kepada mereka untuk meneruskan hayat dan misi kejahatan serta penyelewengan mereka terhadap negara dan rakyat Malaysia. Kami yakin sekiranya tiada media yang mereka peralatkan untuk membantu mereka (UMNO/BN), agensi kerajaan khusus Jabatan Polis yang mendokong mereka sudah pasti UMNO/BN telah lama disoal oleh mungkar dan nakir.




Kesimpulan yang kami perolehi hasil dari sedikit usaha untuk turun jumpa pengundi adalah persempadan semula yang telah dicipta oleh UMNO/BN pada PRU 11 adalah sebagai 'senjata makan tuan' dimana mereka mengharapkan sokongan bukan Melayu akan memihak kepada mereka hasil persempadan ini tetapi kemungkinan disebaliknya akan berlaku pada PRU 12 ini. Kemungkinan BA akan mendapat undi yang besar dari pengundi bukan Melayu pada PRU 12 ini. Kenyataan ini bukanlah kenyataan 'over confident' dari kami sebagai petugas dan jentera tetapi kami boleh rasainya bila telah lakukan secara realistik bila kami turun berjumpa pengundi sendiri.




Apapun bagi kita pejuang agama Allah kemenangan PILIHANRAYA adalah sebagai kemenangan dunia bagi mencegah mungkar besar yang dilakukan oleh mereka yang tidak mahu melihat agama Allah dan hukum Allah tertegak. Yang paling penting usaha kita yang bersungguh-sungguh dan berterusan tanpa mengenal penat dan letih, tidak merungut jika tidak ramai petugas bersama-sama semasa menjalankan tugas murni ini. Apa yang kita harapkan keredhaan Allah pada kita sebagai pejuang Islam di samping kita semua jangan lupa sentiasa munajat terutama saat-saat akhir hadapi pertarungan sengit PRU 12 ini.




Kemenangan kita yang hakiki ialah bila kita sabar dan istiqamah hadapi ujian dalam mengharungi ranjau perjuangan murni ini iaitu menyambung perjuangan yang telah dilalui oleh para Nabi khusus menuyambung risalah yang dibawa oleh Rasulullah saw.Mudah-mudahan dengan sedikit penat kita, kesungguhan dan usaha serta doa kita, Allah kurniakan kemenangan kepada kita khusus pada PRU 12 ini insya Allah.




Allahu Akbar.








sumber:


No comments: