Monday, December 24, 2007

MAJLIS RAMAH MESRA DAN AMANAT PILIHANRAYA BERSAMA PETUGAS-PETUGAS MUSLIMAT


MAJLIS RAMAH MESRA DAN AMANAT PILIHANRAYA BERSAMA PETUGAS-PETUGAS MUSLIMAT

Bersama :
Tuan Haji Muhammad bin Sabu
Naib Presiden PAS


Tarikh;
29 Disember 2007

Masa :
8.00 pagi hingga 1.00 tengahari

Tempat :
Darul Furqan
(markaz Paya Jaras Tengah)

Program anjuran : Helwa MTD Paya Jaras

Friday, December 21, 2007

PAS SUBANG BERSAMA MASYARAKAT DI AID AL-ADHA

PAS SUBANG BERSAMA MASYARAKAT DI AID AL-ADHA

oleh : Azlan Zambry (Setiausaha Urusan Ulama MTD Paya Jaras)

Paya Jaras, 20 Dis. Pas Kawasan Subang dengan kerjasama MTD Paya Jaras dan UPU Paya Jaras, dan UPU Sungai Buloh telah mengadakan program serahan daging ibadah kurban ke setiap golongan yang tidak bernasib baik seperti fakir miskin, anak yatim, warga tua dan juga ibu tunggal. Majlis serahan disempurnakan oleh Ust. Nasir Zakaria, YDP Pas Kawasan Subang dan di iringi oleh Saudara Zulkifli Tajuddin, Timbalan Pengarah MTD III Paya Jaras dan Ketua-ketua UPU yang terlibat iaitu Tuan Haji Abdullah Hukum @ Pak Lah dan juga Saudara Nashir Abbas.

Majlis serahan daging qurban dari rumah ke rumah bermula pada jam 12.00 tengah hari dan berakhir pada jam 8.30 malam. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan telah mendapat sokongan daripada warga setempat dan kehadiran wakil PAS kawasan Subang amat digalakkan terutamanya apabila melihat pimpinan PAS Kawasan yang di ketuai oleh Ust Nasir Zakaria turun padang dalam serahan daging qurban dan melihat sendiri penderitaan yang dialami oleh golongan yang tidak bernasib baik walaupun terpaksa meredah dalam hujan lebat.

Sebanyak 70 buah rumah telah Berjaya diserahkan daging qurban pada Aidil Adha kali ini, “ekoran sambutan terhadap program ini amat hebat, PAS kawasan Subang akan berusaha untuk menambahkan bilangan rumah dan daging pada masa hadapan dan bersedia untuk membela nasib rakyat yang memerlukan bantuan pada bila-bila masa” ujar Ust. Nasir Zakaria lagi. PAS akan berusaha menjadi sebuah Parti yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat pada setiap masa ujarnya.

Di bawah, dipaparkan beberapa gambar seputar Program Pembahagian daging Korban;

Walaupun terpaksa merentasi Selut dan lecak, daging korban tetap diberikan demi dakwah

dalam renyaian Hujan, masyarakat setempat tetap dikunjungi


Saudara Baru menjadi sasaran utama



mereka yang memerlukan tidak pernah di abaikan



masyarakat yang di Zalimi Adun Paya Jaras tetap di hati PAS kawasan Subang


sekian

Thursday, December 20, 2007

SEMARAK HIJAU DI PAS KAWASAN SUBANG

SEMARAK HIJAU DI PAS KAWASAN SUBANG

Oleh : Ketua Urusan Ulama MTD Paya Jaras

Paya Jaras (16 Dis) : Pas Kawasan Subang dan MTD Paja Jaras dengan kerjasama Pemuda PAS Kawasan Subang telah berjaya mengadakan program Semarak Hijau di Dun Paya Jaras yang lebih memfokuskan kepada tiga UPU utama, iaitu UPU Kg Melayu, UPU Sg Plong dan UPU Merbau Sempak.

Menurut Setiausaha Program, Saudara Azlan Zambry, antara pengisian program yang dilakukan adalah Pemeriksaan Kesihatan asas secara percuma dan Hit and Run.

Menurutnya lagi, kehadiran dari masyarakat setempat amat menggalakan sehinggakan di setiap UPU, kehadiran menjangkau hampir 200 orang.

Dengan kejayaan program ini, pihak Program berhasrat untuk melaksanakan lagi program yang sama di masa akan datang bentuk berkala sehingga tiba hari pilihanraya akan datang.

Wednesday, December 19, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


PAS Kawasan Subang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua Muslimin dan Muslimat, begitujuga sahabat-sahabat yang tidak beragama Islam.

segala kesilapan dan kesalahan harap di maaf... sekian

Tuesday, December 11, 2007

kerja Polis Di UMNO Malaysia

POLIS DI UMNO MALAYSIA

Dato Mustafa Ali kena tangkap di Lobi Parlimen

Tian Chua kena tangkap kali Ke 2

PAS SUBANG DAN DEMONTRASI BERSIH 11 DISEMBER


sebahagian Ahli PAS Kawasan Subang yang hadir


Ydp PAS Subang bersama Ustaz Hasbullah, Ketua Pemuda PAS Gombak, merangkap Exco Pemuda PAS Negeri Selangor


Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Subang, Ustaz Zaharuddin Muhammad


Ketua Cawangan PAS Kubu Gajah, Ustaz Mahmood As-Suri


ketibaan Ketua Pemuda PAS Pusat, Saudara Salahuddin Ayub
Muslimat BERSIH sedang menyiapkan poster untuk menyampaikan hasrat hati kepada Polis dan kerajaan BN (Barang naik)






Monday, December 10, 2007

PAS SUBANG BERI SOKONGAN MORAL KEPADA PENDEMO YANG KENA TANGKAP


Ydp Subang bersama Dr Nasir, Presiden Parti Sosial Malaysia, juga bekas Calon bagi Parlimen Subang pada PRU 11 yang lalu atas tiket Parti keadilan Malaysia





sebilangan ahli PAS kawasan Subang yang datang memberi sokongan moral terhadap pendemo yang tertangkap. YDP subang berada pada 2 dari kanan.





Ustaz Abdul Salam bin Arifin (dalam bulatan putih) adalah bekas Exco Pemuda Pas Kawasan Subang, merupakan salah seorang ahli Unit amal yang tertangkap dalam perhimpunan aman BERSIH baru-baru ini.

Sunday, December 9, 2007

GAMBAR-GAMBAR DALAM PROGRAM TAKLIMAT JENTERA PILIHANRAYA SUBANG


dari Kanan, Pengarah MTD Dun Paya Jaras, Saudara Ibrahim Ali dan Ydp PAS Subang, Ustaz Nasir bin Zakaria




YDP PAS Subang sedang menyampaikan Amanat





Ibrahim Ali, Pengarah MTD PAS Paya Jaras sedang menyampaikan amanat



sebilangan hadhirin yang khusyuk mendengar ucapan YDP Subang





Burhanuddin Belian, seorang tokoh Veteran Dun Paya Jaras sedang menerima watikah gerak kerja



Haji Tamam, Ketua UPU Taman Ehsan, seorang tokoh Veteran di Dun Paya Jaras menerima bendera bulan sebagai watikah gerak kerja di Dun Paya Jaras






Ustaz Nasir bin Zakaria, YDP Subang sedang membaca Doa Rabitah kemenangan islam





Sebilangan Muslimin sedang mengaminkan Doa Rabitah yang dibacakan oleh YDP Subang



sebilangan muslimat yang sedang mengaminkan doa Rabitah yang dibacakan oleh YDP Subang
sebilangan Exco Pemuda sedang berbincang untuk Program Semarak Hijau Dun Paya Jaras


salah seorang Tokoh lama di Dun Paya Jaras, Mejar (B) Omar





Wednesday, November 28, 2007

Sunday, November 25, 2007

ISI KANDUNGAN SAMAN RAFIQ TERHADAP JAIS DAN KERAJAAN SELANGOR

SAMAN PEMULA


Kepada :-

1. JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR ( JAIS ),
D/A Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Tingkat 19, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

2. KERAJAAN NEGERI SELANGOR
D/A Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Tingkat 19, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan


Benarkan Defendan-Defendan, dalam tempoh 8 hari selepas penyampaian saman ini kepadanya, termasuk hari penyampaian, menyebabkan kehadiran dimasukkan mengenai saman ini, yang dikeluarkan atas permohonan Plantif-Plaintif iaitu Fadhil bin Ismail, Rusliadi bin Rosli, Hj Ghazali bin Md Hamin, Abu Bakar bin Mustafa, Mohd Azhar bin Amir, Mohkhtar bin Ahmad, Sulaiman bin Bakri, Saiful Anuar bin Bahari, Norizan binti Hassan, Mohd Kassim bin Awang, Ahmad bin Shaaaari, Fuad bin Yusof , Kalil bin Hj Pilus yang kesemuanya beralamat di Surau Ar-Rafiq di Tsb 9, Taman Industri, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.


Melalui saman ini, Plaintif-Plaintif menuntut terhadap Defendan-Defendan :-


a.Deklarasi bahawa tindakan Defendan-Defendan menceroboh dan menggeledah surau Ar-Rafiq pada 30/9/2007 adalah tidak sah, terbatal dan tidak berperlembagaan ( unconstitutional ) ;

b.Gantirugi Am ;

c.Gantirugi Tauladan ;

d.Gantirugi Melampau ;

e.Kos ;

f.Lain-lain relif yang difikirkan sesuai dan manfaat oleh Mahkamah yang mulia ini .



Alasan-alasan bagi tindakan ini adalah antara lainnya :-



1.Pada 30/9/2007 Surau Al-Rafiq ( selepas ini disebut surau tersebut ) telah menganjurkan program kuliah agama yang dikenali sebagai kuliah “Tafaqquh Islam” ( selepas ini disebut sebagai kuliah agama tersebut ).

2.Kuliah agama tersebut diadakan di surau tersebut pada setiap bulan iaitu di hari ahad minggu keempat setiap bulan.

3.Kuliah agama tersebui adalah melibatkan satu program ilmu pengetahuan di mana ditetapkan tokoh-tokoh agama yang berkelulusan agama untuk mendiskusi buku karangan Ulama besar Islam iaitu Prof Dr Yusuf AlQardhawi yang bertajuk “Min Fiqh Daulah’.

4.Pada 30/9/2007 pendiskusi kuliah tersebut ialah Ustaz Nasir Zakaria , seorang pencermah agama yang mempunyai tauliah yang diberikan oleh Defendan Pertama .

5.Anggota-anggota penguatkuasa Defendan Pertama seramai lebih kurang 5 orang telah hadir ke surau tersebut sejak waktu subuh .

6.Sebelum kuliah tersebut bermula pada jam sekitar 10.00 am di hari tersebut beberapa orang anggota penguatkuasa Defendan Pertama telah masuk ke perkarangan surau tersebut dan terdapat juga sebahagian di kalangan anggota penguatkuasa Defendan Pertama tersebut yang kelihata menyalin sesuatu daripada kuliah tersebut.

7.Pada 11.20 pagi kuliah tersebut ditamatkan.

8.Selepas kuliah tersebut ditamatkan dan ketika mana para hadirin dan hadirat keluar daripada surau tersebut anggota penguatkuasa Defendan Pertama menyerbu masuk surau tersebut dan melakukan penggeledahan di dalam semua bahagian surau tersebut .

9.Anggota-anggota penguatkuasaan Defendan Pertama tersebut turut dibantu oleh lebih kurang 20 anggota polis berpakaian seragam yang berada di hadapan surau dalam tiga barisan dalam keadaan mengepong surau tersebut.

10.Penggeledahan tersebut dilakukan tanpa sebarang waran geledah.

11.Di dalam melakukan penggeledahan tersebut anggota anggota penguatkuasaan Defendan Pertama tersebut telah bertindak dengan agresif seperti memanjat pagar, menceroboh kawasan tapak persemaian milik persendirian di bahagian belakang surau tersebut.

12.Tindakan anggota penguatkuasaan Defendan Pertama tersebut mencerobohi dan menggeledah surau tersebut adalah satu tindakan yang tidak sah, terbatal dan tidak berperlembagaan ( unconstitutional ) disebabkan alasan-alasan berikut :-

a.Kuliah agama di surau tersebut adalah satu aktiviti yang sah di sisi undang-undang dan Defendan Pertama tidak berhak dalam apa jua cara sekalipun untuk menggangu aktiviti sah tersebut sama dalam sebarang masa ;

b.Kuliah agama di surau tersebut adalah sebahagian aktiviti agama dan ianya dilindungi oleh Perkara 11 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan ;

c.Sebarang gangguan aktiviti yang sah di surau tersebut oleh Defendan Pertama adalah satu tindakan yang tidak sah dan melampaui kuasa Defendan Pertama ;

d.Tindakan Defendan menghantar anggota-anggota penguatkuasanya yang dibantu oleh polis untuk hadir di surau tersebut adalah tindakan yang tidak sah di sisi undang-undang dan juga satu tindakan yang tidak munasabah dan tidak rasional;

e.Tindakan Defendan Pertama tersebut telah menjadikan perlaksanaan hak dan kebebasan beragama yang termasuk hak dan kebebasan hak tersebut adalah untuk mengadakan program-program dan aktiviti-aktiviti agama terjejas dan hanya satu khayalan sahaja;

f.Defendan telah gagal mendapatkan dan /atau menunjukkan sebarang waran geledah sebelum melakukan serbuan dan penggeledahan surau tersebut ;

g.Tindakan Defendan dipandang daripada mana-mana segi pun adalah tindakan yang tidak munasabah, tidak rasional dan bersifat satu penindasan ( oppressive ) .



Alasan-alasan terperinci akan dinyatakan di dalam afidavit Plaintif Pertama yang akan difailkan kelak.

Jika Defendan-Defendan tidak memasukkan kehadiran , penghakiman itu boleh diberikan atau perintah dibuat terhadap atau berhubungan dengan dirinya sebagaimana yang difikirkan adil dan suaimanfaat oleh Mahkamah.

Bertarikh pada haribulan 2007


……………………………….
Penolong Kanan Pendaftar
Mahkamah Tinggi
Shah Alam



Memorandum yang hendak diturunkan pada saman

Saman ini diambil oleh Tetuan Mohamed Hanipa & Associates yang beralamat di No 35A, Jalan SG 10/4, Taman Sri Gombak 68100 Batu Caves, Selangor, peguamcara bagi Plaintif yang alamatnya seperti disebut di atas

Nota- Saman ini tidak boleh disampaikan lebih daripada 6 bulan calendar selepas tarikh di atas melainkan jika diperbaharui melalui perintah Mahkamah.

Saman ini difailkan oleh Tetuan Mohamed Hanipa & Associates yang beralamat di No 35A, Jalan SG 10/4, Taman Sri Gombak 68100 Batu Caves, Selangor . Tel/Fax : 03-61899548 [ RUJ : FII/ADM/2007 ]

Saturday, November 24, 2007

PERHATIAN PENTING : RAFIQ SAMAN JAIS

PERHATIAN PENTING

Pada 26 November 2007, bersamaan Hari ISNIN, pukul 10.00 Pagi, Pihak Surau AR-RAFIQ, Kota Damansaran akan menfailkan saman terhadap JAIS, MAIS dan kerajaan SELANGOR yang telah menganggu program Kuliah TAFAQQUH ISLAM bersama USTAZ NASARUDDIN TANTAWI di surau berkenaan pada dua bulan yang lalu.

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput menghadirkan diri ke MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM sebagai tanda memberi sokongan Moral bagi menghadapi pihak kerajaan Selangor yang sedang hebat melakukan “AMAR MUNGKAR, NAHI MA’RUF”
........................

ini adalah muka-muka mereka yang terlibat dalam usaha hendak menangkap ustaz Nasaruddin Tantawi dalam program Kuliah Tafaqquh Islam baru-baru ini.
...............
Di Minta juga kepada seluruh Umat Islam di Malaysia dan di mana-mana sahaja agar dapat berdoa kepada Allah, Memohon agar Allah memberikan kemengan kepada Pihak Surau demi mempertahankan Islam di Malaysia, khususnya di selangor.

Sekian

Yang Benar;

Ibnu Wan Hussin
Timbalan Ketua
Urusan Ulama PAS Kawasan Subang

http://prihatinsubang.blogspot.com/

Wednesday, November 21, 2007

PAS SENTIASA DI KHIANATI

di sertakan klip video sidang Dun Kelantan tentang pengakuan Mustafa muhammad terhadap tekanan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh Kerajaan BN terhadap kerajaan Islam yang dipimpin oleh PAS.

BN pengkhianat !!! barangsiapa yang pangkah BN, bermakna sokong pengkhianatan...

sabda Nabi SAW;

"Barangsiapa yang ridha amalan sesuatu kaum, maka dia dari kalangan mereka"

(Musnad as-syihab Al-Qadai : 2/183 : hadis no 401)


Friday, November 16, 2007

PROGRAM MTD PAYA JARAS & PEMUDA SUBANG


antara pimpinan PAS Kawasan Subang. dari kanan, Ustaz Nasir Zakaria (YDP Subang), Ustaz Ridhwan Ismail (Ketua Pemuda Subang) dan Saudara Ibrahim Ali (Pengarah MTD Paya Jaras)


ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis, merangkap SetiaUsaha Pemuda Pas Kawasan Subang

antara pemuda-pemuda Subang yang Hadir

Benarkah Sultan Mizan (DYMM) Murka (Kesal)?


Oleh : Editorial

‘Tuanku Mizan Kesal Dakwaan Baginda Sokong Perhimpunan Haram’ itulah tajuk berita yang di keluarkan oleh Bernama, yang dianggap oleh Raja Petra sebagai satu ‘permainan silapmata’ di Laman Malaysia Today. Artikel ini adalah terjemahan bebas dari tulisan Raja Petra di dalam kolumnya ‘The Corridor of Power’.

Kepada rakyat bawahan pastinya pengumuman begitu sesuatu yang ‘serius’. Pegawai tinggi Istana Negara Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan mengeluarkan kenyataan bagi pihak Agong ! Siapa sebenarnya Datuk Wan Mohd Safiain ?

Raja Petra menganggap bahawa Pegawai Pengelola Istana Negara itu hanyalah memegang jawatan seperti Jeanne Danker Abdullah sebelum dinobatkan oleh media Malaysia sebagai ‘Wanita Pertama’. Padahal wanita pertama sepatutnya adalah DYMM Permaisuri dan status Jeanne Danker hanyalah wanita yang ke 22 selepas para permaisuri dan sultanah diseluruh Negara. Namun peranan media yang dikawal oleh kerajaan membuatkan kita semua percaya bahawa Jeanne Danker adalah wanita pertama.

Wan Safiain berasal dari Terengganu yang berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri, yang mana sebenarnya seluruh pejabat Istana adalah dibawah Jabatan Perdana Menteri. Pegawai-pegawai yang bekerja di istana Negara adalah sebenarnya pegawai kerajaan yang di’tanam’ di istana untuk menjadi mata, telinga dan kadang-kadang menjadi ‘mulut’ kerajaan. Oleh kerana itu, sekarang kita ketahui bagaimana kerja Jabatan Perdana Menteri di Istana Negara.

Kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini bukan keluar dari DYMM Agong, kerana ia tidak dikeluarkan oleh Penyimpan Besar Mohor Raja-raja. tetapi adalah dari pegawai kerajaan Malaysia.

Apabila 100,000 rakyat minta perkenan Agong untuk mengadap pada 10 November lalu, Agong tidak mengatakan ‘tidak mahu’ menerima 100,000 orang rakyat untuk mengadap beliau. Agong bahkan mahu mengetahui berapa ramai yang akan mewakili 100,000 rakyat dan nama-nama mereka yang akan mengadap.

Agong juga menyedari bahawa kerajaan akan cuba mengecewakan usaha 100,000 rakyat untuk mengadap beliau. Dan itulah yang telah terjadi. Kerajaan meletakkan syarat supaya rakyat memohon permit untuk berhimpun mengadap Agong. Dengan itu BERSIH memohon permit namun telah ditolak oleh kerajaan, bahkan kerajaan memberi amaran akan bertindak sekiranya 100,000 rakyat berhasrat untuk meneruskan Himpunan Aman BERSIH. Dan polis pun bertindak bagi pihak kerajaan.

Apabila peluru gas pemedih mata di ledakkan kepada peserta Himpunan Aman BERSIH di sekitar Masjid Jamek-Masjid India, ‘khabar telah disampaikan’ bahawa Briged ke 19 Regimen Askar Melayu Di Raja (RAMD) telah bersiap siaga, untuk merempuh masuk sekiranya berlaku kemalangan maut. Empat Belas Kerta Perisai telah sampai sebelumnya dari Sungai Petani dan berkhemah di Kem Tentera Sungai Buloh, bersedia untuk campurtangan dalam notis segera. Mereka hanya perlukan 10 atau 20 minit untuk sampai ke lokasi sekiranya terdapat tindakan keras keatas rakyat.

Butang kecemasan akan ditekan dan loceng akan berbunyi. Peristiwa 13 Mei 1969 telah menyaksikan kejadian sepertinya di Kampong Bharu. Regimen Askar Melayu bukan satu permainan, dimana Agong adalah Ketua Komander dan askar akan mematuhi arahan komander tanpa mengambil kira keselamatan nyawa mereka.

Sebab itulah tindakan polis mengendur. Tugas mereka dikurangkan dengan hanya di letakkan di persimpangan untuk menghentikan kereta bagi memberi laluan peserta Himpunan Aman BERSIH untuk melintas jalan dengan selamat. Regimen Askar Melayu di Raja terus bersiap siaga sehingga kesesokkannya. Kemudian 14 kereta perisai, senyap-senyap keluar dari Sungai Buloh dan kembali ke Sungai Petani.

Itulah yang membimbangkan kerajaan. Agong tidak bertitah dia tidak mahu menerima mengadap wakil-wakil dari Himpunan Aman BERSIH 100,000 Rakyat. Bahkan Agong meminta nama-nama perwakilan yang mengadap. Dan apabila kerajaan mengugut untuk mengambil tindakan terhadap rakyat, Briged ke 19 RAMD telah dihantar ke Kuala Lumpur dengan 14 buah kereta perisai. Inilah caranya Agong mengatakan bahawa sekiranya kerajaan bertindak menembak para peserta Himpunan BERSIH, sebagaimana kerajaan menembak Suwandi dan Azman di Batu Burok, dia akan bertindak atas nama rakyat.

Oleh yang demikian, kerajaan tidak berkeras. Mereka tidak ada pilihan kerana 100,000 rakyat mahu mengadap Agong, dan Agong mengisyaratkan ‘Ya’ kepada rakyat. Briged ke 19 RAMD dihantar untuk memastikan bahawa isyarat penerimaan ‘Ya’ Agong terhadap permohonan mengadap rakyat, dipenuhi.

Pak Lah telah mengeluarkan ‘dekree’ didalam ucapan penggulungannya diakhir Perhimpunan Agung UMNO sehari sebelum Himpunan Aman BERSIH. Dia kata dia ‘pantang di cabar’. Menantunya, si Khairy meminta polis menangkap semua orang yang menyertai Himpunan Aman BERSIH. Jadi, tangkaplah si Khairy ! kalau boleh tangkap!. Tangkap 1,000, tangkap semuanya 2,000 orang. Kalaupun jumlah 5,000 orang, tangkap semuanya! Tangkaplah semuanya kalau jumlah 50,000 orang sekalipun. Tetapi, sekiranya jumlah 50,000 ditangkap, masih ada dalam perjalanan 50,000 orang lagi! Bagaimana nak tangkap 100,000 orang rakyat sekiranya ada 50,000 orang lagi sedang berarak tiba di Kuala Lumpur?

Mana boleh tangkap jumlah 50,000 orang! Mana polis ada kemudahan lori untuk menangkap 50,000 orang dan mana ada penjara yang boleh memuatkan 50,000 orang.tahanan !
Kesudahannya, Himpunan 100,000 rakyat yang sebenarnya berlaku di Istana Negara. Walaupun pada mulanya, BERSIH mengisytiharkan akan berhimpun di Dataran Merdeka. Nampaknya kerajaan telah tertipu! Mereka (BERSIH) mahu polis berhimpun (tertumpu) di Dataran Merdeka, supaya peserta Himpunan BERSIH boleh berarak ke Istana Negara tanpa sebarang halangan. BERSIH telah menang, kerajaan tertipu!

Baiklah, kerajaan tak akan kalah semuanya. Kerajaan masih boleh membuat pengumuman yang DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong tidak setuju tidak berkenan. Kerajaan akan meminta ketua pengelola Istana Negara, seorang pegawai kerajaan, Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan, membuat pengumuman penting iaitu ‘(Agong) Tuanku Mizan Kesal Dakwaan Baginda Sokong Perhimpunan Haram’.

Mungkin rakyat jelata akan percaya?

Sunday, November 11, 2007

gambar-gambar HIMPUNAN BERSIH

gambar : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Muhammad, Presiden PAS yang menghadiri himpunan yang bersejarah.


gambar : Ustaz Nazmi Karim, Ketua Lajnah Tarbiyyah PAS Kawasan Selayang membawa bersama keluarga untuk menghadiri himpunan Bersih.


gambar : FRU menembak pancutan air kepada rakyat yang berhimpun secara aman.



gambar : ratusan Ribu kehadiran rakyat menyerah memo kepada Duli Yang amat mulia, Sultan Mizan.


gambar : rakyat berjalan kaki menuju ke Istana untuk menyampaikan hasrat hati kepada sultan yang dikasihi.






Thursday, November 1, 2007

Kenyataan Media



Himpunan 100,000 Rakyat: Pemuda PAS Selangor Semarak Kebangkitan Rakyat


SHAH ALAM 30 Oktober – Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) bertekad menggerakkan kehadiran maksimum rakyat di Selangor bagi menghadiri Himpunan 100,000 rakyat di Dataran Merdeka anjuran Gabungan Menuntut Pilihanraya yang Adil dan Bersih (BERSIH) 10 November ini.


DPPNS telah menjalankan usaha hampir 3 bulan yang lalu bagi menggerakkan kebangkitan rakyat di Selangor untuk menghadiri himpunan rakyat tersebut. Himpunan ini djangka akan dihadiri oleh ratusan ribu rakyat dari seluruh Negara dan kepimpinan PAS Negeri Selangor mensasarkan kehadiran 40,000 rakyat jelata dari negeri ini.


DPPNS mula mengedarkan hampir 100 banner di seluruh 12 kawasan di negeri ini, bersama dengan 50,000 poster dan 100,000 handbill untuk diedarkan di seluruh negeri oleh Pemuda Pas Negeri Selangor.


Sehubungan itu, seluruh rakyat dari seluruh lapisan masyarakat dijemput hadir bersama sama pada 10 November 2007 ini, pada jam 3 petang di Dataran Merdeka.


Sementara itu, DPPNS kesal dengan kenyataan Ketua Polis Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Zulhasnan Najib Baharuddin yang memberi amaran keras kepada rakyat supaya tidak menghadiri himpunan anjuran BERSIH ini atas alasan keselamatan, boleh menggugat keselamatan negara serta mengganggu ketenteraman awam.


DPPNS berasa pelik dengan kenyataan yang dangkal dan bersifat provokasi daripada PDRM ini yang seolah-olah tidak pernah bertugas mengawasi perhimpunan yang melibatkan kehadiran ramai rakyat di seluruh Negara, jika benar dengan jumlah kehadiran yang ramai itu yang menjadi punca ia dikatakan mengganggu ketenteraman awam ataupun mengancam keselamatan negara.


Konsert JomHeboh anjuran TV3 yang diadakan setiap bulan di seluruh Malaysia mencecah kehadiran tidak kurang 50,000 orang pada satu-satu masa. Ditambah pula dengan kehadiran artis pujaan ramai,kehadiran yang luar biasa dilihat di tapak-tapak pesta tersebut, sehingga kadangkalanya penganjur sendiri tidak dapat mengawal keghairahan penonton terhadap persembahan tersebut.


Begitu halnya dengan sambutan Tahun Baru saban tahun yang biasanya berakhir dengan pelbagai masalah sosial seperti botol-botol arak dan kondom yang bergelimpangan diatas jalanraya, mengapa pihak polis tidak pernah mengklasifikasi perhimpunan tersebut sebagai menganggu ketenteraman awam lantas mengeluarkan kenyataan amaran supaya rakyat tidak menghadiri perhimpunan tahunan tersebut?


Bagaimana pula dengan sambutan kemerdekaan ke 50 Malaysia anjuran pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di Dataran Merdeka baru-baru ini yang menjangkau kehadiran lebih 100,000 termasuk pelancong, pekerja, mahupun pendatang asing dengan izin ataupun tanpa izin?


Kenapa pihak PDRM tidak mengeluarkan kenyataan yang sama dengan menghalang orang ramai menghadiri sambutan tersebut? Adakah kerana himpunan 100,000 rakyat untuk menyambut ulangtahun kemerdekaan yang jelas hanya menonjolkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sebagai pihak yang berjuang untuk kemerdekaan dianjurkan oleh UMNO dan Barisan Nasional, Datuk Zulhasnan Najib diam membisu dan memberikan sokongan?


Lupakah agaknya Datuk Zulhasnan kepada kehadiran hampir 80,000 orang peminat bolasepak tanahair ketika melihat pasukan MyTeam menentang pasukan Malaysia bawah 23 tahun, yang merupakan sebuah projek politik Naib Ketua Pemuda UMNO dan juga menantu Perdana Menteri, pihak PDRM menerusi FRU dan cawangan trafik memberikan kerjasama sepenuhnya?


Adakah hanya kerana pehimpunan rakyat yang ramai ini dianjurkan oleh sebuah gabungan parti-parti politik dan NGO yang tidak sehaluan dengan Barisan Nasional, yang hanya ingin melihat demokrasi yang subur di Malaysia, yang menganjurkan perhimpunan aman sebagai simbolik menuntut pilihanraya yang lebih adil kepada seluruh rakyat Malaysia, mereka dianggap musuh Negara yang mengancam keselamatan Negara. DPPNS ingin bertanya apakah pemahaman Datuk Zulhasnan tentang "musuh Negara"? Adakah mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengan Barisan Nasional itu dianggap musuh Negara? Musuh Negara atau Musuh BN?


DPPNS ingin menjelaskan bahawasanya perhimpunan aman melalui siri-siri himpunan, ceramah, penyerahan memorandum dan ucapan umum adalah sebahagian daripada amalan demokrasi yang dibenarkan oleh perlembagaan Negara dan setiap perhimpunan yang dianjurkan oleh pihak pembangkang dan NGO ini biasanya akan berakhir dengan baik, terkawal dan tanpa insiden, kecuali diganggu oleh pihak polis menerusi arahan UMNO dan BN seperti yang berlaku di ceramah anjuran BERSIH di Batu Burok September lalu.


DPPNS juga menasihatkan Datuk Zulhasnan Najib supaya jangan lebih memburukkan imej PDRM yang semakin buruk dimata rakyat Malaysia yang sekaligus membenarkan dakwaan bahawa Malaysia ini adalah Negara polis. PDRM tidak lagi dilihat cenderung mempastikan keselamatan rakyat, yang diancam oleh pelbagai bentuk jenayah tetapi lebih dilihat menjadi alat politik kepada UMNO dan Barisan Nasional.


DPPNS akan memberikan kerjasama sebaiknya kepada pihak keselamatan untuk mengawal kehadiran rakyat serta aliran trafik sepanjang perhimpunan aman ini dan petugas DPPNS akan membantu pihak keselamatan sekiranya berlaku sebarang insiden yang boleh menganggu perhimpunan aman ini.


Kepada seluruh rakyat Malaysia , jangan lupa 10 November di Dataran Merdeka.Fil Islam,Mohd Sany HamzanKetua PeneranganDewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Thursday, October 25, 2007

HIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT BERSIH

HIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT BERSIH

TUNTUTAN BERSIH


kembali hak rakyat





Friday, October 19, 2007

MAKLUMAN UMUM

Assalaamu’alaikum wbt.,
Buat pengetahuan semua, anak kepada sahabat kita, Saudara Suhaimi Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor sedang di rawat dan akan di bedah.

Anak beliau yang berumur 1 tahun 2 bulan, di sahkan mengidap kanser darah. Sekarang berada di Hospital Besar Ampuan Rahimah Klang. Insyaallah, LKK DPPNS akan buat ziarah pada hari Sabtu ini.

Bersama kita doakan semoga anaknya selamat dan disembuhkan dari penyakit tersebut. Saya menggesa supaya sedikit sumbangan dapat di hulurkan bagi mengurangkan bebanan yang di tanggung oleh keluarga beliau.

Sumbangan boleh di salurkan ke akaun Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan DPPNS di Bank Rakyat; 220571136473. Selepas bank in SMS@019-2231299 or 019-3843962.

Saudara Suhaimi boleh di hubungi di talian 012-3596516.

Azri Mohammad Arish
Ketua
Lajnah Kebajikkan DPP Selangor

Friday, October 12, 2007

SYAIKH MAHMOOD SIYAM : HAMAS - PAS VS FATAH -UMNO

Di sini dipaparkan tiga klip video ceramah As-Syaikh Mahmood Siyam di Terengganu di akhir Ramadhan baru ini. Dalam Klip Video yang ketiga, As-Syaikh Mahmood mengiktiraf bahawa Fatah adalah UMNO Palestine yang menjadi barua kepada Israel.

saksikan !!!!

Klip Video 1



klip Video 2



Klip Video 3



Dalam Tragedi Ar-Rafiq baru-baru ini, ianya juga telah sampai kepada pengetahuan As-Syakh Mahmood. Mendengar berita demikian, As-Syaikh menyatakan;

"...kami di sana (di Palestine) itulah yang permainan harian (yaumiyyan) yang terpaksa kami tempuh dalam usaha hendak menjatuhkan Yahudi Israel, kami dikhianati secara langsung oleh golongan Islam lain yang menentang kami (Fattah), yang menjadikan kerja membebaskan Al-Quds itu menempuhi jalan yang teramat sukar.... hanya disebabkan jiwa mereka telah dibeli oleh Yahudi"

Syawal Lahirkan Keimanan Yang Kental Menghadapi Tentera Ahzab

Syawal Lahirkan Keimanan Yang Kental Menghadapi Tentera Ahzab


Oleh : Mohd Izwan Ab. Rashid (Naib Ketua Pemuda PAS Subang)


"(Subang 11 Oktober 2007) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang mengajak seluruh ummat Islam untuk menambahkan keimanan mereka kepada Allah sempena Bulan Syawal yang mulia ini dengan menghayati sirah Rasulullah SAW dalam peperangan Ahzab.Tanggal 7 Syawal 5 Hijrah menyaksikan peristiwa Perang Ahzab berlaku setelah kesedihan menimpa kaum Muslimin, akibat keguguran ramai para syuhada didalam Peperangan Uhud.



Kaum Quraisy ingin menumpaskan kesemua kaum Muslimin. Mereka menubuhkan satu pasukan perang yang besar. Ribuan pasukan yang terdiri dari puak Quraisy dan sekutunya yang terdiri daripada kaum Quraisy, Bani Asad, bani Kilab, bani Syaiban, bani Ghatfan dan hampir seluruh kabilah yang sepakat akan menyerang kaum muslimin di kala itu.



Mereka semua berjumlah tidak kurang daripada 10 ribu orang sedangkan di pihak Islam berjumlah 3000 orang sahaja. Mereka berkumpul dan mengepung dari Utara Madinah. Sementara itu, pakatan Kaum Yahudi Madinah daripada Bani Nadhir, Bani Qainuqa’ dan Bani Quraizah menyaksikan penyatuan golongan yang membenci agama Allah ini dalam memerangi Rasulullah SAW dan Islam yang diperjuangkan oleh mereka.



Setelah peristiwa pembunuhan Kaab bin Asyraf, seorang yahudi yang menghina Nabi SAW dan Islam pada tahun 4 Hijrah, kebencian golongan Yahudi ini membuak buak sehinggakan mereka sanggup menyatakan bahawa agama sesat golongan quraisy Mekah adalah lebih baik daripada Islam sedangkan mereka merupakan golongan yang mengetahui Al Kitab dan beriman dengan Nabi Allah Musa A.S.



Dengan pimpinan Kaab bin Asad yang dihasut oleh Huyayy bin Akhtab, kedua dua pemimpin yahudi laknat ini telah berpakat sesama mereka dan bersatu dengan musyrikin Makkah untuk menyerang Madinah. Salman al farisi telah mencadangkan kepada Nabi SAW supaya dibuat parit yang mengelilingi Madinah supaya serangan tentera Ahzab tidak dapat menembusi Madinah. Lalu Rasulullah SAW bersama para sahabat dengan iman yang kental memulakan pembinaan parit tersebut untuk mempertahankan Islam.



Pada saat kedatangan tentera Ahzab ini, kaum Yahudi menyerang kaum muslimim dari belakang dan tentera musyrikin menyerang dari arah hadapan.Tentera bersekutu Ahzab kuffar seramai 10,000 orang yang tiba ke tempat peperangan terkejut apabila mendapati parit digali tentera Islam. Ia adalah pengalaman strategi berperang yang baru kepada mereka. Rasullulah SAW telah berdoa sebagaimana riwayat dari Abdullah bin Abu Aufa r.a katanya, Rasulullah s.a.w di hari perang Ahzab mengucapkan:”Ya Allah, yang menurunkan kitab dan cepat membuat perhitungan! Kalahkanlah kaum Ahzab dan goncangkanlah pendirian mereka.”



Tentera Islam yang hanya berjumlah 3,000 orang mampu bertahan. Pertempuran besar tidak berlaku dalam peperangan ini. Enam tentera Islam syahid, manakala 10 Musyrikin dibunuh.Akhirnya, Allah mendatangkan kemenangan dengan ribut pasir, menyebabkan tentera musuh berundur, dengan pertolongan Allah S.W.T bala tentera yang ramai itu dapat dikalahkan oleh kaum tentera muslimin yang sedikit.



Allah S.W.T menggambarkan situasi ini dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan) kepada kalian ketika datang kepada kalian pasukan, lalu Kami mengirimkan kepada mereka angin taufan dan pasukan yang tidak dapat kamu lihat. (al-Ahzab: 9-11).



Berlaku juga kacau-bilau antara mereka apabila pengintip yang dihantar Rasulullah berjaya melonggarkan kepercayaan antara tentera Ahzab. Allah SWT telah menewaskan tentera Ahzab dengan keesaanNya.



Pengajaran perang Ahzab menunjukkan kepada kita bahawa perjuangan Islam pasti akan menghadapi pakatan kuffar untuk menghancurkan Islam dengan apa cara sekalipun. Golongan yang menegakkan agama Allah SWT sentiasa akan diuji dengan serangan yang dilakukan oleh pakatan Ahzab moden yang sangat membenci Islam.



Dunia hari ini memperlihatkan golongan kuffar bersepakat dalam melakukan serangan yang dilakukan kepada Negara ummat Islam. Islam, syariat Islam, serta golongan yang memperjuangkan Islam sentiasa menjadi sasaran mereka.



Tidak banyak bezanya dengan apa yang berlaku kepada Rasulullah SAW dan orang orang beriman dizaman dahulu. Jika dahulu Madinah diserang daripada segenap arah, maka kita hari ini juga diserang dari pelbagai arah. Daripada serangan fizikal hinggalah kepada serangan pemikiran, politik, ekonomi, budaya, kebencian golongan kuffar terhadap agama Allah SWT sangat membuak buak dan mereka sentiasa bersedia untuk menghancurkan Islam dan ummatnya pada hari ini.



Tetapi mereka mesti ingat, Allah menjanjikan pertolongan bagi orang-orang beriman dan mengazab musuh-musuhnya. Ini adalah janji yang tidak mungkin diingkari.



Selain dalam peperangan Ahzab, Allah S.W.T juga telah menolong kaum muslimin dalam peperangan-peperangan yang lain seperti yang berlaku didalam peperangan Badar, Uhud dan Khaibar. Sesungguhnya al- Maunah (pertolongan Allah) pasti datang apabila kita ikhlas dalam perjuangan Islam.

PRIHATINPASUBANG
http://prihatinsubang.blogspot.com/

e mail : prihatinsubang@yahoo.com

Thursday, October 11, 2007

SELAMAT HARI RAYA DARI PAS SUBANG


ZIARAH MUHIBAH DI HOSPITAL SUNGAI BULOH

ZIARAH MUHIBAH DI HOSPITAL SUNGAI BULOH



Oleh : TKP Subang

11 oktober 2007 (Sungai Buloh) – Sempena menyambut kehadiran Hari Raya ‘IdilFitri yang tidak lama lagi akan berkunjung tiba, PAS Kawasan Subang telah berjaya melaksanakan salah satu tuntutan Islam, iaitu menziarahi pesakit-pesakit di Hospital Sungai Buloh yang berada dibawah Dun Paya Jaras.

Program tersebut berjaya dilaksanakan dengan kehadiran sebilangan besar dari pimpinan PAS di peringkat Kawasan disamping kehadiran pimpinan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Kawasan.

Pihak PAS Kawasan amat berbesar hati, disebabkan kehadiran kami disambut baik oleh Ketua Jururawat Hospital, disamping pihak kami mendapat layanan yang baik dari pihak hospital.

Dalam program tersebut, pesakit-pesakit dan jururawat telah dihadiahkan dengan sedikit buah tangan disamping “duit raya” sebagai cara untuk mengurangkan kesengsaraan dalam menghadapi kesakitan.

Sumbangan hadiah tersebut berjaya disampaikan oleh Saudara Atan Azhari yang merupakan Penolong Setiausaha Pas Kawasan dan Ketua Muslimat PAS Kawasan, Ustazah Maryam bin Abdul Rashid.

Pihak Pas Kawasan Subang mengucapkan berjuta-juta terima kasih atas kerjasama dari pihak hospital dan layanan yang telah diberikan.

Sekian


antara gambar-gambar program ziarah muhibbah;


kedatangan kami di sambut oleh ketua Jururawat Hospital Sungai Buloh


jururawat-jururawat bersama membantu membawa barangan untuk di sumbangkan kepada pesakit-pesakit

Saudara Atan Azhari sedang menyampaikan sumbangan kepada pesakit lelaki


Ustazah Maryam sedang bertanya khabar dari keluarga pesakit yang terlibat kemalangan di Kota damansara malam tadi, sambil menyampaikan sumbangan kepada pesakit perempuan


sebilangan muslimat yang baru selesai menyampaikan hadiah kepada pesakit di wad bersalin (muslimin tidak boleh terlibat)

Ustazah Maryam sedang memberi kad Raya kepada keluarga pesakit di Hospital Sungai Buloh

bergambar di lobi Wad Hospital Sungai Buloh setelah selesai menyampai hadiah kepada pesakit dan jururawat

senyuman orang belum kahwin. Ustaz Izwan Abdul Rashid, Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Subang, merangkap Ketua Penerangan MTD Paya Jaras

PRTIHATINPASUBANG

http://prihatinsubang.blogspot.com/

e mail : prihatinsubang@yahoo.com