Monday, February 25, 2008

BN PAYA JARAS TERDESAK : UGUT PUKUL PETUGAS PAS


BN PAYA JARAS TERDESAK : UGUT PUKUL PETUGAS PAS

25 Feb – tindakan Pemuda BN di Dun Paya Jaras mengepung dan mengugut untuk memukul petugas-petugas PAS yang sedang menaikkan bendera dan poster di UPU Kg Melayu menggambarkan betapa terdesaknya pihak Barisan Nasional di Dun Paya Jaras pada pilihanraya kali ini.

Menurut Ketua Urusan Ulama MTD Paya Jaras, tindakan itu ekoran dari tidak senangnya Calon BN yang merupakan ADUN di Dun Paya Jaras lepas dengan pengaruh yang ada pada calon PAS pada pilihanraya kali ini.

Pada kali ini, PAS di Dun Paya Jaras mengemukakan seorang Calon yang berjawatan sebagai seorang Peguam, disamping mempunyai kepetahan pidato sehinggakan dapat menarik perhatian sebilangan pengundi-pengundi bukan melayu dan non muslim.

Calon yang PAS Paya Jaras kemukakan adalah Saudara Khairuddin bin Osman, merupakan seorang anak muda kelahiran Selangor –
http://prihatinsubang.blogspot.com



1 comment:

jamal said...

saya petugas keselamatan dun paya jaras berpuas hati dgn gerak kerja kita di semua peringkat...terima kasih