Sunday, November 25, 2007

ISI KANDUNGAN SAMAN RAFIQ TERHADAP JAIS DAN KERAJAAN SELANGOR

SAMAN PEMULA


Kepada :-

1. JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR ( JAIS ),
D/A Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Tingkat 19, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

2. KERAJAAN NEGERI SELANGOR
D/A Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Tingkat 19, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan


Benarkan Defendan-Defendan, dalam tempoh 8 hari selepas penyampaian saman ini kepadanya, termasuk hari penyampaian, menyebabkan kehadiran dimasukkan mengenai saman ini, yang dikeluarkan atas permohonan Plantif-Plaintif iaitu Fadhil bin Ismail, Rusliadi bin Rosli, Hj Ghazali bin Md Hamin, Abu Bakar bin Mustafa, Mohd Azhar bin Amir, Mohkhtar bin Ahmad, Sulaiman bin Bakri, Saiful Anuar bin Bahari, Norizan binti Hassan, Mohd Kassim bin Awang, Ahmad bin Shaaaari, Fuad bin Yusof , Kalil bin Hj Pilus yang kesemuanya beralamat di Surau Ar-Rafiq di Tsb 9, Taman Industri, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.


Melalui saman ini, Plaintif-Plaintif menuntut terhadap Defendan-Defendan :-


a.Deklarasi bahawa tindakan Defendan-Defendan menceroboh dan menggeledah surau Ar-Rafiq pada 30/9/2007 adalah tidak sah, terbatal dan tidak berperlembagaan ( unconstitutional ) ;

b.Gantirugi Am ;

c.Gantirugi Tauladan ;

d.Gantirugi Melampau ;

e.Kos ;

f.Lain-lain relif yang difikirkan sesuai dan manfaat oleh Mahkamah yang mulia ini .



Alasan-alasan bagi tindakan ini adalah antara lainnya :-



1.Pada 30/9/2007 Surau Al-Rafiq ( selepas ini disebut surau tersebut ) telah menganjurkan program kuliah agama yang dikenali sebagai kuliah “Tafaqquh Islam” ( selepas ini disebut sebagai kuliah agama tersebut ).

2.Kuliah agama tersebut diadakan di surau tersebut pada setiap bulan iaitu di hari ahad minggu keempat setiap bulan.

3.Kuliah agama tersebui adalah melibatkan satu program ilmu pengetahuan di mana ditetapkan tokoh-tokoh agama yang berkelulusan agama untuk mendiskusi buku karangan Ulama besar Islam iaitu Prof Dr Yusuf AlQardhawi yang bertajuk “Min Fiqh Daulah’.

4.Pada 30/9/2007 pendiskusi kuliah tersebut ialah Ustaz Nasir Zakaria , seorang pencermah agama yang mempunyai tauliah yang diberikan oleh Defendan Pertama .

5.Anggota-anggota penguatkuasa Defendan Pertama seramai lebih kurang 5 orang telah hadir ke surau tersebut sejak waktu subuh .

6.Sebelum kuliah tersebut bermula pada jam sekitar 10.00 am di hari tersebut beberapa orang anggota penguatkuasa Defendan Pertama telah masuk ke perkarangan surau tersebut dan terdapat juga sebahagian di kalangan anggota penguatkuasa Defendan Pertama tersebut yang kelihata menyalin sesuatu daripada kuliah tersebut.

7.Pada 11.20 pagi kuliah tersebut ditamatkan.

8.Selepas kuliah tersebut ditamatkan dan ketika mana para hadirin dan hadirat keluar daripada surau tersebut anggota penguatkuasa Defendan Pertama menyerbu masuk surau tersebut dan melakukan penggeledahan di dalam semua bahagian surau tersebut .

9.Anggota-anggota penguatkuasaan Defendan Pertama tersebut turut dibantu oleh lebih kurang 20 anggota polis berpakaian seragam yang berada di hadapan surau dalam tiga barisan dalam keadaan mengepong surau tersebut.

10.Penggeledahan tersebut dilakukan tanpa sebarang waran geledah.

11.Di dalam melakukan penggeledahan tersebut anggota anggota penguatkuasaan Defendan Pertama tersebut telah bertindak dengan agresif seperti memanjat pagar, menceroboh kawasan tapak persemaian milik persendirian di bahagian belakang surau tersebut.

12.Tindakan anggota penguatkuasaan Defendan Pertama tersebut mencerobohi dan menggeledah surau tersebut adalah satu tindakan yang tidak sah, terbatal dan tidak berperlembagaan ( unconstitutional ) disebabkan alasan-alasan berikut :-

a.Kuliah agama di surau tersebut adalah satu aktiviti yang sah di sisi undang-undang dan Defendan Pertama tidak berhak dalam apa jua cara sekalipun untuk menggangu aktiviti sah tersebut sama dalam sebarang masa ;

b.Kuliah agama di surau tersebut adalah sebahagian aktiviti agama dan ianya dilindungi oleh Perkara 11 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan ;

c.Sebarang gangguan aktiviti yang sah di surau tersebut oleh Defendan Pertama adalah satu tindakan yang tidak sah dan melampaui kuasa Defendan Pertama ;

d.Tindakan Defendan menghantar anggota-anggota penguatkuasanya yang dibantu oleh polis untuk hadir di surau tersebut adalah tindakan yang tidak sah di sisi undang-undang dan juga satu tindakan yang tidak munasabah dan tidak rasional;

e.Tindakan Defendan Pertama tersebut telah menjadikan perlaksanaan hak dan kebebasan beragama yang termasuk hak dan kebebasan hak tersebut adalah untuk mengadakan program-program dan aktiviti-aktiviti agama terjejas dan hanya satu khayalan sahaja;

f.Defendan telah gagal mendapatkan dan /atau menunjukkan sebarang waran geledah sebelum melakukan serbuan dan penggeledahan surau tersebut ;

g.Tindakan Defendan dipandang daripada mana-mana segi pun adalah tindakan yang tidak munasabah, tidak rasional dan bersifat satu penindasan ( oppressive ) .



Alasan-alasan terperinci akan dinyatakan di dalam afidavit Plaintif Pertama yang akan difailkan kelak.

Jika Defendan-Defendan tidak memasukkan kehadiran , penghakiman itu boleh diberikan atau perintah dibuat terhadap atau berhubungan dengan dirinya sebagaimana yang difikirkan adil dan suaimanfaat oleh Mahkamah.

Bertarikh pada haribulan 2007


……………………………….
Penolong Kanan Pendaftar
Mahkamah Tinggi
Shah Alam



Memorandum yang hendak diturunkan pada saman

Saman ini diambil oleh Tetuan Mohamed Hanipa & Associates yang beralamat di No 35A, Jalan SG 10/4, Taman Sri Gombak 68100 Batu Caves, Selangor, peguamcara bagi Plaintif yang alamatnya seperti disebut di atas

Nota- Saman ini tidak boleh disampaikan lebih daripada 6 bulan calendar selepas tarikh di atas melainkan jika diperbaharui melalui perintah Mahkamah.

Saman ini difailkan oleh Tetuan Mohamed Hanipa & Associates yang beralamat di No 35A, Jalan SG 10/4, Taman Sri Gombak 68100 Batu Caves, Selangor . Tel/Fax : 03-61899548 [ RUJ : FII/ADM/2007 ]

No comments: