Monday, October 8, 2007

UMNO Mencemar Masjid dan Bulan Ramadhan di Bandar Baru Sungai Buloh

UMNO Mencemar Masjid dan Bulan Ramadhan di Bandar Baru Sungai Buloh


Oleh : YDP Subang

8 Okt 2007 - PAS Kawasan Subang membantah tindakan UMNO Bahagian Subang menyalahgunakan Masjid untuk aktiviti mereka dengan mengadakan majlis Memasak Bubur Lambuk di Masjid Bandar Baru Sg Buloh petang semalam.

Tindakan UMNO ini jelas menyalahi undang undang yang selama ini dikuatkuasakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang tidak membenarkan penglibatan mana mana parti politik di mana mana masjid dan surau di negeri Selangor.

Aktiviti UMNO ini jelas mencemari kesucian masjid dan bulan Ramadhan apabila didapati berapa AJK urusetia Pergerakan Pemuda UMNO yang bertugas di perkarangan masjid dilihat menghisap rokok sambil penyediaan memasak bubur lambuk tersebut.

Disamping itu juga, didapati percampuran lelaki dan perempuan antara Pemuda dan Puteri UMNO, tidak menutup aurat serta tidak mengendahkan seruan azan ketika dikumandangkan.
PAS Kawasan Subang ingin mengingatkan UMNO Bahagian Subang supaya jangan terlalu ghairah melaksanakan aktiviti politik mereka sehingga melanggar batas batas dan hukum kesucian masjid dan bulan Ramadhan yang mulia ini.

Al Quran menjelaskan sifat orang orang yang layak memakmurkan masjid Allah SWT berdasarkan firman Allah SWT;

“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk” At Taubah : 18

Apa yang lebih dikesali ialah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) langsung tidak mengambil tindakan terhadap undang undang yang perlu dikuatkuasakan, yang sebelum ini begitu rancak memantau masjid dan surau di seluruh negeri Selangor, sehingga sanggup mengeluarkan arahan tangkap kepada tenaga pengajar yang menyampaikan kuliah ilmu di surau Ar Rafiq minggu lalu.

Sikap ini jelas menunjukkan sikap “double standard” serta langsung tidak mencerminkan imej yang sepatutnya ditonjolkan sebagai sebuah Jabatan Agama yang diberi amanah untuk menjaga kesucian Islam. Ini jelas membuktikan UMNO sememangnya hanya menggunakan Islam, Masjid dan Jabatan Agama untuk kepentingan politik sempit dan “narrow minded” yang langsung tidak menunjukkan kesungguhan dan keikhlasan untuk menegakkan Islam.

UMNO perlu sedar bahawa perjuangan mereka adalah berdasarkan semangat kebangsaan dan tidak perlulah cuba mencampur adukkan Islam dengan semangat kebangsaan yang selamanya tidak akan bersatu.

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang haq dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui” Al Baqarah: 42

PRIHATINPASUBANG

1 comment:

abushifa' said...

JAWAPAN PERDANA MENTERI “Saya tak tahu menahu” “Saya telah arahkan untuk laporan penuh” “Siasatan akan selesai tak lama lagi” “Saya akan terlibat sepenuhnya dan akan beritahu anda nanti” “Saya belum terima laporan lagi” JAWAPAN MENTERI KABINET Bila bayaran ASTRO naik... “Jangan langgan ASTRO” Bila bayaran TOL naik... “Jangan guna jalan berTOL” Bila Petrol naik... “Guna basikal, baik untuk kesihatan” Bila ayam naik... “Jangan makan ayam” Sumber: Dipetik dari media arus perdana.