Wednesday, October 10, 2007

PAS Edar Kad Raya di Paya Jaras; Bantuan cecah RM 25,000

PAS Edar Kad Raya di Paya Jaras; Bantuan cecah RM 25,000


oleh : Muhammad Izwan A. Rashid

Ketua PeneranganMTD Paya Jaras


10 Oktober 2007 - PAS kawasan Subang telah mengedarkan lebih 3000 keping kad Selamat Hari Raya kepada penduduk di sekitar Paya Jaras bermula semalam.


Kad Hari Raya PAS yang bertemakan PAS Untuk Semua, yang memaparkan sambutan aidilfitri bersama rumah baru itu diedarkan secara serentak ke beberapa UPU di Paya Jaras termasuklah Bandar baru Sungai Buloh, Taman Ehsan, Paya Jaras, Kg Melayu Sg Buloh, Merbau Sempak dan Kubu Gajah.


Kad hari raya PAS ini juga diserikan dengan perutusan Aidilfitri daripada Mursyidul Am PAS, Dato Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat kepada seluruh ummat Islam bagi menyambut kedatangan Syawal yang berbahagia ini.


YDP Pas Kawasan Subang, Ustaz Mohd Nasir Zakaria menyampaikan kad kad raya tersebut kepada beberapa orang penduduk dan beramah mesra sambil mengucapkan selamat hari raya dan berhati hati ketika pulang ke kampung halaman menyambut Syawal nanti.


Ustaz Nasir juga memaklumkan bahawasanya rumah terbuka dan Sambutan Hari Raya PAS Kawasan Subang akan diadakan 2 minggu selepas kedatangan hari raya ini.


Sementara itu, PAS Kawasan Subang menambah lagi jumlah bantuan yang telah disumbangkan kepada penduduk di sekitar kawasan ini yang mencecah RM 10, 000.00 lagi yang menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang disumbangkan mencecah hampir RM 25,000.00.


Sumbangan ini termasuklah kepada fakir miskin, anak anak yatim, mangsa perobohan setinggan, ibu tunggal dan mereka yang sangat memerlukan bantuan.


Esok, PAS kawasan Subang juga akan membuat lawatan Muhibbah Hari Raya di Hospital Sungai Buloh, disamping memberikan beberapa bentuk sumbangan sebagai tanda ingatan kepada pesakit sempena kehadiran Syawal ini.


PAS kawasan Subang begitu prihatin terhadap mereka yang memerlukan bantuan dan simpati sempena kehadiran Syawal ini sebagai tanda ingatan dan kasih sayang kepada mereka.PAS mengucapkan Selamat Menyambut Eidilfitri kepada Seluruh penduduk Subang.


PRIHATINPASUBANG





No comments: