Thursday, October 25, 2007

HIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT BERSIH

HIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT BERSIH

TUNTUTAN BERSIH


kembali hak rakyat





Friday, October 19, 2007

MAKLUMAN UMUM

Assalaamu’alaikum wbt.,
Buat pengetahuan semua, anak kepada sahabat kita, Saudara Suhaimi Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor sedang di rawat dan akan di bedah.

Anak beliau yang berumur 1 tahun 2 bulan, di sahkan mengidap kanser darah. Sekarang berada di Hospital Besar Ampuan Rahimah Klang. Insyaallah, LKK DPPNS akan buat ziarah pada hari Sabtu ini.

Bersama kita doakan semoga anaknya selamat dan disembuhkan dari penyakit tersebut. Saya menggesa supaya sedikit sumbangan dapat di hulurkan bagi mengurangkan bebanan yang di tanggung oleh keluarga beliau.

Sumbangan boleh di salurkan ke akaun Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan DPPNS di Bank Rakyat; 220571136473. Selepas bank in SMS@019-2231299 or 019-3843962.

Saudara Suhaimi boleh di hubungi di talian 012-3596516.

Azri Mohammad Arish
Ketua
Lajnah Kebajikkan DPP Selangor

Friday, October 12, 2007

SYAIKH MAHMOOD SIYAM : HAMAS - PAS VS FATAH -UMNO

Di sini dipaparkan tiga klip video ceramah As-Syaikh Mahmood Siyam di Terengganu di akhir Ramadhan baru ini. Dalam Klip Video yang ketiga, As-Syaikh Mahmood mengiktiraf bahawa Fatah adalah UMNO Palestine yang menjadi barua kepada Israel.

saksikan !!!!

Klip Video 1



klip Video 2



Klip Video 3



Dalam Tragedi Ar-Rafiq baru-baru ini, ianya juga telah sampai kepada pengetahuan As-Syakh Mahmood. Mendengar berita demikian, As-Syaikh menyatakan;

"...kami di sana (di Palestine) itulah yang permainan harian (yaumiyyan) yang terpaksa kami tempuh dalam usaha hendak menjatuhkan Yahudi Israel, kami dikhianati secara langsung oleh golongan Islam lain yang menentang kami (Fattah), yang menjadikan kerja membebaskan Al-Quds itu menempuhi jalan yang teramat sukar.... hanya disebabkan jiwa mereka telah dibeli oleh Yahudi"

Syawal Lahirkan Keimanan Yang Kental Menghadapi Tentera Ahzab

Syawal Lahirkan Keimanan Yang Kental Menghadapi Tentera Ahzab


Oleh : Mohd Izwan Ab. Rashid (Naib Ketua Pemuda PAS Subang)


"(Subang 11 Oktober 2007) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang mengajak seluruh ummat Islam untuk menambahkan keimanan mereka kepada Allah sempena Bulan Syawal yang mulia ini dengan menghayati sirah Rasulullah SAW dalam peperangan Ahzab.Tanggal 7 Syawal 5 Hijrah menyaksikan peristiwa Perang Ahzab berlaku setelah kesedihan menimpa kaum Muslimin, akibat keguguran ramai para syuhada didalam Peperangan Uhud.



Kaum Quraisy ingin menumpaskan kesemua kaum Muslimin. Mereka menubuhkan satu pasukan perang yang besar. Ribuan pasukan yang terdiri dari puak Quraisy dan sekutunya yang terdiri daripada kaum Quraisy, Bani Asad, bani Kilab, bani Syaiban, bani Ghatfan dan hampir seluruh kabilah yang sepakat akan menyerang kaum muslimin di kala itu.



Mereka semua berjumlah tidak kurang daripada 10 ribu orang sedangkan di pihak Islam berjumlah 3000 orang sahaja. Mereka berkumpul dan mengepung dari Utara Madinah. Sementara itu, pakatan Kaum Yahudi Madinah daripada Bani Nadhir, Bani Qainuqa’ dan Bani Quraizah menyaksikan penyatuan golongan yang membenci agama Allah ini dalam memerangi Rasulullah SAW dan Islam yang diperjuangkan oleh mereka.



Setelah peristiwa pembunuhan Kaab bin Asyraf, seorang yahudi yang menghina Nabi SAW dan Islam pada tahun 4 Hijrah, kebencian golongan Yahudi ini membuak buak sehinggakan mereka sanggup menyatakan bahawa agama sesat golongan quraisy Mekah adalah lebih baik daripada Islam sedangkan mereka merupakan golongan yang mengetahui Al Kitab dan beriman dengan Nabi Allah Musa A.S.



Dengan pimpinan Kaab bin Asad yang dihasut oleh Huyayy bin Akhtab, kedua dua pemimpin yahudi laknat ini telah berpakat sesama mereka dan bersatu dengan musyrikin Makkah untuk menyerang Madinah. Salman al farisi telah mencadangkan kepada Nabi SAW supaya dibuat parit yang mengelilingi Madinah supaya serangan tentera Ahzab tidak dapat menembusi Madinah. Lalu Rasulullah SAW bersama para sahabat dengan iman yang kental memulakan pembinaan parit tersebut untuk mempertahankan Islam.



Pada saat kedatangan tentera Ahzab ini, kaum Yahudi menyerang kaum muslimim dari belakang dan tentera musyrikin menyerang dari arah hadapan.Tentera bersekutu Ahzab kuffar seramai 10,000 orang yang tiba ke tempat peperangan terkejut apabila mendapati parit digali tentera Islam. Ia adalah pengalaman strategi berperang yang baru kepada mereka. Rasullulah SAW telah berdoa sebagaimana riwayat dari Abdullah bin Abu Aufa r.a katanya, Rasulullah s.a.w di hari perang Ahzab mengucapkan:”Ya Allah, yang menurunkan kitab dan cepat membuat perhitungan! Kalahkanlah kaum Ahzab dan goncangkanlah pendirian mereka.”



Tentera Islam yang hanya berjumlah 3,000 orang mampu bertahan. Pertempuran besar tidak berlaku dalam peperangan ini. Enam tentera Islam syahid, manakala 10 Musyrikin dibunuh.Akhirnya, Allah mendatangkan kemenangan dengan ribut pasir, menyebabkan tentera musuh berundur, dengan pertolongan Allah S.W.T bala tentera yang ramai itu dapat dikalahkan oleh kaum tentera muslimin yang sedikit.



Allah S.W.T menggambarkan situasi ini dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan) kepada kalian ketika datang kepada kalian pasukan, lalu Kami mengirimkan kepada mereka angin taufan dan pasukan yang tidak dapat kamu lihat. (al-Ahzab: 9-11).



Berlaku juga kacau-bilau antara mereka apabila pengintip yang dihantar Rasulullah berjaya melonggarkan kepercayaan antara tentera Ahzab. Allah SWT telah menewaskan tentera Ahzab dengan keesaanNya.



Pengajaran perang Ahzab menunjukkan kepada kita bahawa perjuangan Islam pasti akan menghadapi pakatan kuffar untuk menghancurkan Islam dengan apa cara sekalipun. Golongan yang menegakkan agama Allah SWT sentiasa akan diuji dengan serangan yang dilakukan oleh pakatan Ahzab moden yang sangat membenci Islam.



Dunia hari ini memperlihatkan golongan kuffar bersepakat dalam melakukan serangan yang dilakukan kepada Negara ummat Islam. Islam, syariat Islam, serta golongan yang memperjuangkan Islam sentiasa menjadi sasaran mereka.



Tidak banyak bezanya dengan apa yang berlaku kepada Rasulullah SAW dan orang orang beriman dizaman dahulu. Jika dahulu Madinah diserang daripada segenap arah, maka kita hari ini juga diserang dari pelbagai arah. Daripada serangan fizikal hinggalah kepada serangan pemikiran, politik, ekonomi, budaya, kebencian golongan kuffar terhadap agama Allah SWT sangat membuak buak dan mereka sentiasa bersedia untuk menghancurkan Islam dan ummatnya pada hari ini.



Tetapi mereka mesti ingat, Allah menjanjikan pertolongan bagi orang-orang beriman dan mengazab musuh-musuhnya. Ini adalah janji yang tidak mungkin diingkari.



Selain dalam peperangan Ahzab, Allah S.W.T juga telah menolong kaum muslimin dalam peperangan-peperangan yang lain seperti yang berlaku didalam peperangan Badar, Uhud dan Khaibar. Sesungguhnya al- Maunah (pertolongan Allah) pasti datang apabila kita ikhlas dalam perjuangan Islam.

PRIHATINPASUBANG
http://prihatinsubang.blogspot.com/

e mail : prihatinsubang@yahoo.com

Thursday, October 11, 2007

SELAMAT HARI RAYA DARI PAS SUBANG


ZIARAH MUHIBAH DI HOSPITAL SUNGAI BULOH

ZIARAH MUHIBAH DI HOSPITAL SUNGAI BULOH



Oleh : TKP Subang

11 oktober 2007 (Sungai Buloh) – Sempena menyambut kehadiran Hari Raya ‘IdilFitri yang tidak lama lagi akan berkunjung tiba, PAS Kawasan Subang telah berjaya melaksanakan salah satu tuntutan Islam, iaitu menziarahi pesakit-pesakit di Hospital Sungai Buloh yang berada dibawah Dun Paya Jaras.

Program tersebut berjaya dilaksanakan dengan kehadiran sebilangan besar dari pimpinan PAS di peringkat Kawasan disamping kehadiran pimpinan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Kawasan.

Pihak PAS Kawasan amat berbesar hati, disebabkan kehadiran kami disambut baik oleh Ketua Jururawat Hospital, disamping pihak kami mendapat layanan yang baik dari pihak hospital.

Dalam program tersebut, pesakit-pesakit dan jururawat telah dihadiahkan dengan sedikit buah tangan disamping “duit raya” sebagai cara untuk mengurangkan kesengsaraan dalam menghadapi kesakitan.

Sumbangan hadiah tersebut berjaya disampaikan oleh Saudara Atan Azhari yang merupakan Penolong Setiausaha Pas Kawasan dan Ketua Muslimat PAS Kawasan, Ustazah Maryam bin Abdul Rashid.

Pihak Pas Kawasan Subang mengucapkan berjuta-juta terima kasih atas kerjasama dari pihak hospital dan layanan yang telah diberikan.

Sekian


antara gambar-gambar program ziarah muhibbah;


kedatangan kami di sambut oleh ketua Jururawat Hospital Sungai Buloh


jururawat-jururawat bersama membantu membawa barangan untuk di sumbangkan kepada pesakit-pesakit

Saudara Atan Azhari sedang menyampaikan sumbangan kepada pesakit lelaki


Ustazah Maryam sedang bertanya khabar dari keluarga pesakit yang terlibat kemalangan di Kota damansara malam tadi, sambil menyampaikan sumbangan kepada pesakit perempuan


sebilangan muslimat yang baru selesai menyampaikan hadiah kepada pesakit di wad bersalin (muslimin tidak boleh terlibat)

Ustazah Maryam sedang memberi kad Raya kepada keluarga pesakit di Hospital Sungai Buloh

bergambar di lobi Wad Hospital Sungai Buloh setelah selesai menyampai hadiah kepada pesakit dan jururawat

senyuman orang belum kahwin. Ustaz Izwan Abdul Rashid, Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Subang, merangkap Ketua Penerangan MTD Paya Jaras

PRTIHATINPASUBANG

http://prihatinsubang.blogspot.com/

e mail : prihatinsubang@yahoo.com

Wednesday, October 10, 2007

PAS Edar Kad Raya di Paya Jaras; Bantuan cecah RM 25,000

PAS Edar Kad Raya di Paya Jaras; Bantuan cecah RM 25,000


oleh : Muhammad Izwan A. Rashid

Ketua PeneranganMTD Paya Jaras


10 Oktober 2007 - PAS kawasan Subang telah mengedarkan lebih 3000 keping kad Selamat Hari Raya kepada penduduk di sekitar Paya Jaras bermula semalam.


Kad Hari Raya PAS yang bertemakan PAS Untuk Semua, yang memaparkan sambutan aidilfitri bersama rumah baru itu diedarkan secara serentak ke beberapa UPU di Paya Jaras termasuklah Bandar baru Sungai Buloh, Taman Ehsan, Paya Jaras, Kg Melayu Sg Buloh, Merbau Sempak dan Kubu Gajah.


Kad hari raya PAS ini juga diserikan dengan perutusan Aidilfitri daripada Mursyidul Am PAS, Dato Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat kepada seluruh ummat Islam bagi menyambut kedatangan Syawal yang berbahagia ini.


YDP Pas Kawasan Subang, Ustaz Mohd Nasir Zakaria menyampaikan kad kad raya tersebut kepada beberapa orang penduduk dan beramah mesra sambil mengucapkan selamat hari raya dan berhati hati ketika pulang ke kampung halaman menyambut Syawal nanti.


Ustaz Nasir juga memaklumkan bahawasanya rumah terbuka dan Sambutan Hari Raya PAS Kawasan Subang akan diadakan 2 minggu selepas kedatangan hari raya ini.


Sementara itu, PAS Kawasan Subang menambah lagi jumlah bantuan yang telah disumbangkan kepada penduduk di sekitar kawasan ini yang mencecah RM 10, 000.00 lagi yang menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang disumbangkan mencecah hampir RM 25,000.00.


Sumbangan ini termasuklah kepada fakir miskin, anak anak yatim, mangsa perobohan setinggan, ibu tunggal dan mereka yang sangat memerlukan bantuan.


Esok, PAS kawasan Subang juga akan membuat lawatan Muhibbah Hari Raya di Hospital Sungai Buloh, disamping memberikan beberapa bentuk sumbangan sebagai tanda ingatan kepada pesakit sempena kehadiran Syawal ini.


PAS kawasan Subang begitu prihatin terhadap mereka yang memerlukan bantuan dan simpati sempena kehadiran Syawal ini sebagai tanda ingatan dan kasih sayang kepada mereka.PAS mengucapkan Selamat Menyambut Eidilfitri kepada Seluruh penduduk Subang.


PRIHATINPASUBANG