oleh : Azlan Zambry (Setiausaha Urusan Ulama MTD Paya Jaras)
Paya Jaras, 20 Dis. Pas Kawasan Subang dengan kerjasama MTD Paya Jaras dan UPU Paya Jaras, dan UPU Sungai Buloh telah mengadakan program serahan daging ibadah kurban ke setiap golongan yang tidak bernasib baik seperti fakir miskin, anak yatim, warga tua dan juga ibu tunggal. Majlis serahan disempurnakan oleh Ust. Nasir Zakaria, YDP Pas Kawasan Subang dan di iringi oleh Saudara Zulkifli Tajuddin, Timbalan Pengarah MTD III Paya Jaras dan Ketua-ketua UPU yang terlibat iaitu Tuan Haji Abdullah Hukum @ Pak Lah dan juga Saudara Nashir Abbas.
Majlis serahan daging qurban dari rumah ke rumah bermula pada jam 12.00 tengah hari dan berakhir pada jam 8.30 malam. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan telah mendapat sokongan daripada warga setempat dan kehadiran wakil PAS kawasan Subang amat digalakkan terutamanya apabila melihat pimpinan PAS Kawasan yang di ketuai oleh Ust Nasir Zakaria turun padang dalam serahan daging qurban dan melihat sendiri penderitaan yang dialami oleh golongan yang tidak bernasib baik walaupun terpaksa meredah dalam hujan lebat.
Sebanyak 70 buah rumah telah Berjaya diserahkan daging qurban pada Aidil Adha kali ini, “ekoran sambutan terhadap program ini amat hebat, PAS kawasan Subang akan berusaha untuk menambahkan bilangan rumah dan daging pada masa hadapan dan bersedia untuk membela nasib rakyat yang memerlukan bantuan pada bila-bila masa” ujar Ust. Nasir Zakaria lagi. PAS akan berusaha menjadi sebuah Parti yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat pada setiap masa ujarnya.
Di bawah, dipaparkan beberapa gambar seputar Program Pembahagian daging Korban;
dalam renyaian Hujan, masyarakat setempat tetap dikunjungi
1 comment:
Post a Comment