Wednesday, October 10, 2007

PAS Edar Kad Raya di Paya Jaras; Bantuan cecah RM 25,000

PAS Edar Kad Raya di Paya Jaras; Bantuan cecah RM 25,000


oleh : Muhammad Izwan A. Rashid

Ketua PeneranganMTD Paya Jaras


10 Oktober 2007 - PAS kawasan Subang telah mengedarkan lebih 3000 keping kad Selamat Hari Raya kepada penduduk di sekitar Paya Jaras bermula semalam.


Kad Hari Raya PAS yang bertemakan PAS Untuk Semua, yang memaparkan sambutan aidilfitri bersama rumah baru itu diedarkan secara serentak ke beberapa UPU di Paya Jaras termasuklah Bandar baru Sungai Buloh, Taman Ehsan, Paya Jaras, Kg Melayu Sg Buloh, Merbau Sempak dan Kubu Gajah.


Kad hari raya PAS ini juga diserikan dengan perutusan Aidilfitri daripada Mursyidul Am PAS, Dato Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat kepada seluruh ummat Islam bagi menyambut kedatangan Syawal yang berbahagia ini.


YDP Pas Kawasan Subang, Ustaz Mohd Nasir Zakaria menyampaikan kad kad raya tersebut kepada beberapa orang penduduk dan beramah mesra sambil mengucapkan selamat hari raya dan berhati hati ketika pulang ke kampung halaman menyambut Syawal nanti.


Ustaz Nasir juga memaklumkan bahawasanya rumah terbuka dan Sambutan Hari Raya PAS Kawasan Subang akan diadakan 2 minggu selepas kedatangan hari raya ini.


Sementara itu, PAS Kawasan Subang menambah lagi jumlah bantuan yang telah disumbangkan kepada penduduk di sekitar kawasan ini yang mencecah RM 10, 000.00 lagi yang menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang disumbangkan mencecah hampir RM 25,000.00.


Sumbangan ini termasuklah kepada fakir miskin, anak anak yatim, mangsa perobohan setinggan, ibu tunggal dan mereka yang sangat memerlukan bantuan.


Esok, PAS kawasan Subang juga akan membuat lawatan Muhibbah Hari Raya di Hospital Sungai Buloh, disamping memberikan beberapa bentuk sumbangan sebagai tanda ingatan kepada pesakit sempena kehadiran Syawal ini.


PAS kawasan Subang begitu prihatin terhadap mereka yang memerlukan bantuan dan simpati sempena kehadiran Syawal ini sebagai tanda ingatan dan kasih sayang kepada mereka.PAS mengucapkan Selamat Menyambut Eidilfitri kepada Seluruh penduduk Subang.


PRIHATINPASUBANG





Tuesday, October 9, 2007

YDP SUBANG BERSAMA REMAJA

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA REMAJA KG SRI INDAH (B)


YDP Subang sedang "sabdek" berbuka puasa bersama remaja-remaja Kg Sri Indah (B), di Maahad At-Tarbiyyah Darul Fiqh Wa Tahfiz Al-Quran




Antara remaja sedang berbuka Puasa


Antara remaja-remaja yang bersama berjuang untuk kemenangan islam


bekerjasama untuk masukkan kad raya ke dalam Sampul

Kelihatan YDP Subang juga turut membantu
PRIHATINPASUBANG






Monday, October 8, 2007

Selamat Hari Raya 'IdulFitri

Selamat Hari Raya 'IdulFitri

oleh : YDP Subang

Sg Buloh, 8 Oktober. PAS Kawasan Subang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya kepada seluruh penduduk Parlimen Subang. Pihak PAS berharap penduduk yang akan pulang berhari raya di kampung halaman akan mengambil langkah berhati-hati agar selamat sampai ke destinasi masing-masing. Doa dan tawakall kepada Allah adalah satu kemestian selepas segala usaha terbaik dilakukan.

Pimpinan PAS kawasan juga amat berharap segala maklumat terkini berkenaan kepincangan pengurusan dan pentadbiran negara, isu-isu keruntuhan moral dan akhlak, kezaliman dan penganiayaan tehadap golongan mustad'afin dan 1001 isu yang menghimpit rakyat akan dikongsi bersama dengan keluarga dan sahabat handai di kampung.

Hari Raya juga haruslah disambut dengan kesyukuran tidak terhingga tanpa melupakan pengorbanan para sahabat dalam menegakkan Islam sehingga mencapai kemenangan total di bulan Syawal.

Semoga ketibaan Syawal ini akan meningkatkan keazaman kita dalam bekerja memenangkan Islam di Malaysia.

Takbir!!!

PRIHATINPASUBANG




UMNO Mencemar Masjid dan Bulan Ramadhan di Bandar Baru Sungai Buloh

UMNO Mencemar Masjid dan Bulan Ramadhan di Bandar Baru Sungai Buloh


Oleh : YDP Subang

8 Okt 2007 - PAS Kawasan Subang membantah tindakan UMNO Bahagian Subang menyalahgunakan Masjid untuk aktiviti mereka dengan mengadakan majlis Memasak Bubur Lambuk di Masjid Bandar Baru Sg Buloh petang semalam.

Tindakan UMNO ini jelas menyalahi undang undang yang selama ini dikuatkuasakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang tidak membenarkan penglibatan mana mana parti politik di mana mana masjid dan surau di negeri Selangor.

Aktiviti UMNO ini jelas mencemari kesucian masjid dan bulan Ramadhan apabila didapati berapa AJK urusetia Pergerakan Pemuda UMNO yang bertugas di perkarangan masjid dilihat menghisap rokok sambil penyediaan memasak bubur lambuk tersebut.

Disamping itu juga, didapati percampuran lelaki dan perempuan antara Pemuda dan Puteri UMNO, tidak menutup aurat serta tidak mengendahkan seruan azan ketika dikumandangkan.
PAS Kawasan Subang ingin mengingatkan UMNO Bahagian Subang supaya jangan terlalu ghairah melaksanakan aktiviti politik mereka sehingga melanggar batas batas dan hukum kesucian masjid dan bulan Ramadhan yang mulia ini.

Al Quran menjelaskan sifat orang orang yang layak memakmurkan masjid Allah SWT berdasarkan firman Allah SWT;

“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk” At Taubah : 18

Apa yang lebih dikesali ialah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) langsung tidak mengambil tindakan terhadap undang undang yang perlu dikuatkuasakan, yang sebelum ini begitu rancak memantau masjid dan surau di seluruh negeri Selangor, sehingga sanggup mengeluarkan arahan tangkap kepada tenaga pengajar yang menyampaikan kuliah ilmu di surau Ar Rafiq minggu lalu.

Sikap ini jelas menunjukkan sikap “double standard” serta langsung tidak mencerminkan imej yang sepatutnya ditonjolkan sebagai sebuah Jabatan Agama yang diberi amanah untuk menjaga kesucian Islam. Ini jelas membuktikan UMNO sememangnya hanya menggunakan Islam, Masjid dan Jabatan Agama untuk kepentingan politik sempit dan “narrow minded” yang langsung tidak menunjukkan kesungguhan dan keikhlasan untuk menegakkan Islam.

UMNO perlu sedar bahawa perjuangan mereka adalah berdasarkan semangat kebangsaan dan tidak perlulah cuba mencampur adukkan Islam dengan semangat kebangsaan yang selamanya tidak akan bersatu.

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang haq dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui” Al Baqarah: 42

PRIHATINPASUBANG

PAS SUBANG SUDAH HABIS RM 14 RIBU UNTUK KEBAJIKAN

PAS SUBANG SUDAH HABIS RM 14 RIBU UNTUK KEBAJIKAN

Oleh : TKP PAS Kawasan Subang

Paya Jaras, 7 oktober 2007 – Di dalam bulan Ramadhan yang sangat mulia ini, Dewan Muslimat PAS Kawasan Subang yang diketuai oleh Ustazah Maryam Abdul Rashid telah mengadakan perubahan dalam kepimpinan baru dengan tidak ketinggalan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Oleh itu, Dewan muslimat PAS Kawasan Subang dengan kerjasama Dewan Pemuda dan PAS Kawasan Subang telah mengadakan roadshow penyampaian Sumbangan Raya 2007 kepada lebih 60 Keluarga Fakir Miskin dan Ibu Tunggal beserta 40 anak Yatim dengan tema pada tahun ini iaitu “Prihatin PAS Subang”

Roadshow tersebut telah dilakukan di seluruh UPU bagi Dun Bukit Lanjan, Dun Kota Damansara dan Dun Paya Jaras.

Turut hadir dalam Roadshow tersebut seorang wakil Dewan Muslimat PAS Pusat, iaitu Puan Salbiah yang merupakan Ketua Lajnah Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Majlis berbuka Puasa bersama fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal ini berjaya dilaksanakan di UPU Pas Kg Melayu. Sebelum berbuka Puasa, Puan Salbiah ada memberikan sedikit pengisian tazkiran ringkas kepada hadirin dan hadirat yang hadir pada hari tersebut.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Yang di-Pertua PAS Kawasan Subang Ustaz Nasir Zakaria, Setiausaha PAS Kawasan Subang Saudara Mazlan, Wakil Urusan Ulama Kawasan Tuan Haji Fadhil dan Tuan Haji Ghazali, Timbalan ketua Dewan Pemuda merangkap Timbalan Urusan Ulama PAS Kawasan Subang Ustaz Wan Ji bin Wan Hussin, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang Saudara Khairul Anuar dan kepimpinan UPU Kg Melayu.

Menurut Ustazah Maryam, sumbangan yang telah diberikan menjangkau RM14 ribu, yang ianya merangkumi bantuan Wang Ringgit, beras, gula, susu dan sebagainya.

Kemuncak majlis yang di hadiri seramai lebih 100 orang itu adalah majlis berbuka puasa bersama dan solat maghrib berjemaah di Markaz UPU Kg Melayu Sungai Buloh Selangor. PAS Kawasan Subang berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program tersebut kerana membantu golongan yang kurang mampu sangat di galakkan oleh Islam, lebih-lebih lagi di bulan ramadhan.

Sekian

sebahagian gambar-gambar majlis berbuka puasa;

Yang DiPertua PAS Subang (4 dari kanan), Ustaz Nasir Zakaria turut hadir dalam majlis tersebut bersama sebilangan kepimpinan PAS Kawasan
Ustazah Maryam binti Abdul Rashid (kanan), Ketua Dewan muslimat Kawasan subang merangkap Naib Ketua Dewan Muslimat Negeri Selangor



Puan Salbiah, Ketua Lajnah Penerangan Dewan muslimat PAS Pusat sedang menyampaikan Tazkirah berbuka



sebilangan ibu tunggal yang hadir berbuka Puasa di UPU Kg Melayu
PRIHATINPASUBANG

Sunday, October 7, 2007

PENERANGAN KAEDAH CULAAN

ucapan Pendahuluan dari YDP Subang, Ustaz Nasir Zakaria, seorang YDP yang paling muda di Negeri Selangor



posing Maut yang tidak menawan dari Promak (Profesional + Ulamak) yang merupakan Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Subang, Ustaz Izwan Abdul Rashid (bukan adik Ustazah Maryam)



Ustazah Maryam Abdul Rashid, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Subang bersama rakan seperjuanga

sebilangan hadirin yang sedang khusyuk mendengar celoteh ustaz Nasir Zakarian, YDP PAS kawasan Subang

kelihatan Al-Fadhil Al-Ustaz Mahmood As-Suri, salah seorang ulama dalam Parlimen Subang



Tuan Haji Abdul Rahman, Bendahari PAS Kawasan sedang menyatakan sesuatu kepada Tuan Haji Ghazali