Tuesday, February 26, 2008

GAMBAR-GAMBAR CERAMAH KEMPEN PAYA JARAS PADA 26 FEB

Dato' Dr Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor sedang memberikan amanat
Saudara Khairuddin bin Osman, Calon PAS Dun Paya Jaras sedang memberi amanat


Saudara R Sivarasa Rasiah, Calon Parlimen BA di Parlimen Subang sedang memberi amanat


Dari kiri, Dr Hasan Ali (pesuruhjaya PAS Selangor), Saudara Khairuddin Osman (Calon PAS Dun Paya Jaras, Tun Haji Arif (Naib YDP PAS Subang), Saudara Ibrahim Ali (Pengarah MTD Paya Jaras dan Saudara R Sivarasa Rasiah (Calon BA bagi Parlimen Subang)


sebahagian pengundi-pengundi di UPU Kg Melayu yang hadir untuk mendengar amanat



Monday, February 25, 2008

BN PAYA JARAS TERDESAK : UGUT PUKUL PETUGAS PAS


BN PAYA JARAS TERDESAK : UGUT PUKUL PETUGAS PAS

25 Feb – tindakan Pemuda BN di Dun Paya Jaras mengepung dan mengugut untuk memukul petugas-petugas PAS yang sedang menaikkan bendera dan poster di UPU Kg Melayu menggambarkan betapa terdesaknya pihak Barisan Nasional di Dun Paya Jaras pada pilihanraya kali ini.

Menurut Ketua Urusan Ulama MTD Paya Jaras, tindakan itu ekoran dari tidak senangnya Calon BN yang merupakan ADUN di Dun Paya Jaras lepas dengan pengaruh yang ada pada calon PAS pada pilihanraya kali ini.

Pada kali ini, PAS di Dun Paya Jaras mengemukakan seorang Calon yang berjawatan sebagai seorang Peguam, disamping mempunyai kepetahan pidato sehinggakan dapat menarik perhatian sebilangan pengundi-pengundi bukan melayu dan non muslim.

Calon yang PAS Paya Jaras kemukakan adalah Saudara Khairuddin bin Osman, merupakan seorang anak muda kelahiran Selangor –
http://prihatinsubang.blogspot.com



Sunday, February 24, 2008

CERAMAH PERDANA BERSAMA CALON-CALON DUN DI PARLIMEN SUBANG

Ceramah yang disampaikan oleh Calon PAS di Dun Paya Jaras yang memukau kepada semua pendengar-pendengar yang merupakan pengundi-pengundi di Paya Jaras
Sivarasa Rasiah merupakan calon PKR bagi Parlimen Subang dan Saudara Khairuddin bin Osman yang merupakan calon PAS bagi Dun Paya Jaras


masyarakat India yang menyokong Barisan Alternatif sedang memainkan gendang kebudayaan India dalam majlis ceramah sebagai tanda sokongan mereka terhadap calon PAS di Dun Paya Jaras


Dr Nasir mewakili PKR untuk menghadapi Barisan Nasional di Dun Kota Damansara sedang menyampaikan ceramah
Sebahagian pengundi-pengundi di Dun Paya Jaras yang hadir mendengar ceramah


SEPUTAR PENAMAAN CALON PAS BAGI DUN PAYA JARAS


Ini dia Calon PAS Bagi Dun Paya Jaras, Saudara Khairuddin bin Osman, seorang peguam muda yang akan menentang Busyro bin Mat Johor


Calon PAS Dun Paya Jaras, iaitu Saudara Khairuddin bin Osman sedang bergambar dengan sebahagian petugas-petugas PAS Dun Paya Jaras.


Berdoa mengharapkan restu Ilahi dalam menghadapi Musuh Allah, iaitu UMNO, Barisan nasional.

Barisan Muslimat kawasan Subang yang bersemangat
Sepanduk-sepanduk yang diangkat oleh Penyokong-penyokong PAS dan Barisan Alternatif


Calon Dun Paya Jaras, Calon Dun Kota Damansara, Calon Parlimen Subang dan Calon Dun bukit Lanjan

Friday, February 8, 2008

Halwa MTD Paya Jaras Edar Kad Tahun Baru Cina


oleh : Ustazah Maryam Bte Abdul Rashid
(Ketua Dewan Muslimat PAS Subang)

Pada 5hb Feb 07, Halwa MTD Paya Jaras telah turun berjumpa dengan pengundi Tionghua di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh untuk mengedarkan kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina di samping mengedarkan risalah berbahasa Mandarin iaitu Rhe Min She She.Turut sama dengan Halwa ialah Ustazah Mariam sebagai Ketua Halwa dan juga Ketua Dewan Muslimat Kawasan Subang.




Pada 6 Feb 07 di sebelah pagi pula operasi edar kad Tahun Baru Cina diteruskan di Kawasan Petempatan Sungai Buloh iaitu di Kg Sri Indah A di mana majoriti penduduk Kg Sri Indah A adalah terdiri dari Kaum Tionghua. Di sebelah petang pula Halwa dengan kerjasama Ketua UPU Taman Ehsan iaitu Tuan Hj Tamam telah sempat turun ke Lokaliti Jalan 5 juga majoriti penduduk teriri dari kaum cina.




Daripada pengalaman manis muslimat yang turun, kami mendapati bahawa pengundi kaum cina adalah 'silent voter' di mana mereka memberi respon yang sangat-sangat baik kepada kami petugas Halwa tetapi tidak menzahirkan pendirian mereka untuk memberi undi pada BA. Tetapi dari sambutan mereka kepada kehadiran kami, kami yakin pengundi cina akan memberi undi dan membuat perubahan besar pad PRU 12 ini.




Keadaan berbeza pengalaman kami bila turun bertemu dengan kaum India di Lokaliti Jalan 2, UPU Bandar Baru Sg Buloh Utara, dimana penduduknya majoriti teridiri dari kaum India telah menzahirkan sokongan mereka dan menyatakan ketidakpuasan hati mereka kepada pemimpin BN khususnya pemimpin MIC menurut mereka telah banyak menipu mereka sejak dari negara merdeka lagi.Kami diberi layanan yang baik malah ada yang mengajak kami masuk ke rumah mereka dengan menghidangkan air sejuk kepada kami yang sememangnya terlalu dahaga ketika itu kerana terdedah kepada cuaca yang panas terik. Apapun kami menolak pelawaan mereka. Yang pasti kaum India juga yang dikenali sebagai susah untuk buat perubahan telah berjanji akan buat perubahan besar pada PRU 12 ini.




Disebaliknya bila kami ketuk pintu-pintu rumah orang Melayu, kebanyakannya tidak memberi respon yang baik kepada kami malah ada yang menutup pintu apabila melihat kehadiran kami. Bila orang Melayu hendak berubah? Adakah mereka masih dilanda dengan sindrom budaya takut kesan dari tindakan bangang pemimpin UMNO/BN yang telah menggunakan semua saluran media haram yang mereka gunakan saban hari yang mana ianya adalah milik rakyat. Tak kurang dengan media mereka menggunakan seluruh agensi kerajaan terutama Jabatan Polis sebagai penyambung nyawa kepada mereka untuk meneruskan hayat dan misi kejahatan serta penyelewengan mereka terhadap negara dan rakyat Malaysia. Kami yakin sekiranya tiada media yang mereka peralatkan untuk membantu mereka (UMNO/BN), agensi kerajaan khusus Jabatan Polis yang mendokong mereka sudah pasti UMNO/BN telah lama disoal oleh mungkar dan nakir.




Kesimpulan yang kami perolehi hasil dari sedikit usaha untuk turun jumpa pengundi adalah persempadan semula yang telah dicipta oleh UMNO/BN pada PRU 11 adalah sebagai 'senjata makan tuan' dimana mereka mengharapkan sokongan bukan Melayu akan memihak kepada mereka hasil persempadan ini tetapi kemungkinan disebaliknya akan berlaku pada PRU 12 ini. Kemungkinan BA akan mendapat undi yang besar dari pengundi bukan Melayu pada PRU 12 ini. Kenyataan ini bukanlah kenyataan 'over confident' dari kami sebagai petugas dan jentera tetapi kami boleh rasainya bila telah lakukan secara realistik bila kami turun berjumpa pengundi sendiri.




Apapun bagi kita pejuang agama Allah kemenangan PILIHANRAYA adalah sebagai kemenangan dunia bagi mencegah mungkar besar yang dilakukan oleh mereka yang tidak mahu melihat agama Allah dan hukum Allah tertegak. Yang paling penting usaha kita yang bersungguh-sungguh dan berterusan tanpa mengenal penat dan letih, tidak merungut jika tidak ramai petugas bersama-sama semasa menjalankan tugas murni ini. Apa yang kita harapkan keredhaan Allah pada kita sebagai pejuang Islam di samping kita semua jangan lupa sentiasa munajat terutama saat-saat akhir hadapi pertarungan sengit PRU 12 ini.




Kemenangan kita yang hakiki ialah bila kita sabar dan istiqamah hadapi ujian dalam mengharungi ranjau perjuangan murni ini iaitu menyambung perjuangan yang telah dilalui oleh para Nabi khusus menuyambung risalah yang dibawa oleh Rasulullah saw.Mudah-mudahan dengan sedikit penat kita, kesungguhan dan usaha serta doa kita, Allah kurniakan kemenangan kepada kita khusus pada PRU 12 ini insya Allah.




Allahu Akbar.








sumber:


Thursday, January 31, 2008

BN MENIPU RAKYAT : YURAN PERCUMA????

(untuk melihat gambar lagi jelas, klik pada gambar)

KENYATAAN PEMIMPIN BN

Kenyataan YAB Dato seri Abdullah Ahmad Badawi semasa pembentangan Bajet 2008;

“Saya juga sukacita mengumumkan, mulai tahun 2008, yuran sekolah ini turut dimansuhkan. Dengan ini, Malaysia mengamalkan pendidikan percuma”

Mengulas pemansuhan yuran tahunan sekolah oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2008, YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata;

“Malaysia adalah Negara membangun pertama di dunia yang menawarkan pendidikan percuma”

APA SUDAH JADI????

1. Di Terengganu, ada ibu bapa yang terpaksa membayar sehingga RM 105.95 di hari permulaan sekolah rendah, melebihi bayaran di tahun-tahun yang lepas.
2. Di Perlis, kadar bayaran tambahan bagi murid-murid mencecah sehingga RM 116.80.
3. Di SK Sri Ampang, kadar yang dikenakan bagi murid-murid tahun 1 hingga tahun 6 ialah dari RM 149.60 sehingga RM 166.20
4. Di Johor, ada sekolah yang mengenakan “yuran tandas” sebanyak RM 11.00 keatas setiap pelajarnya.
5. Di SK Bukit Rahman Putra, (di Selangor negeri maju), ada pelajar perempuan yang dikenakan ‘Caj Tuala Wanita’ sebanyak RM 26.00 setahun.

PERSOALANNYA;

Apa sudah jadi? Apa ertinya percuma? Salah siapa? Patutkah pihak sekolah yang dipersalahkan? Atau ?????

APA YANG PASTI;

Kerajaan Barisan Nasional, melalui Kementerian Pelajarannya, tidak memberi dana yang mencukupi. Pihak sekolah terpaksa berusaha ‘kreatif’ menambah dana sekolah untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sempurna.

PERSOALANNYA;

Kemana perginya kekayaan Negara yang selalu di laungkan oleh Pemimpin Barisan Nasional?

JAWAPANNYA;

RASUAH :

a. Yang harga RM 1 di bayar dengan RM 2
b. Yang harga RM 1 Bilion dibayar dengan RM 2 Bilion
c. Yang harga RM 2 bilion dibayar RM 4 bilion
d. Yang lebih tu, siapa yang simpan?????

PEMBAZIRAN :

megah beli kapal selam yang berharga RM 4.6 Bilion. Perlukah ianya dibeli sekarang? Komisen (rasuah) sebanyak RM 530 Juta.

Akhirnya : Kapal menyelam, sekolah pun tenggelam

JOM KITA TOLAK KERAJAAN YANG RASUAH, MEMBAZIR DAN ZALIM !!!!!!




Monday, December 24, 2007

MAJLIS RAMAH MESRA DAN AMANAT PILIHANRAYA BERSAMA PETUGAS-PETUGAS MUSLIMAT


MAJLIS RAMAH MESRA DAN AMANAT PILIHANRAYA BERSAMA PETUGAS-PETUGAS MUSLIMAT

Bersama :
Tuan Haji Muhammad bin Sabu
Naib Presiden PAS


Tarikh;
29 Disember 2007

Masa :
8.00 pagi hingga 1.00 tengahari

Tempat :
Darul Furqan
(markaz Paya Jaras Tengah)

Program anjuran : Helwa MTD Paya Jaras